Penyanyi dan pelakon, Watie Sadali akur dengan keputusan suaminya, Joey Daud yang tidak membenarkan dia menyertai program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) bersama kumpulan Elite.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Joey Daud Kongsi Detik Pertama Kali ‘Dating’ Berdua Dengan Watie – ‘Saya Yang Ajak Keluar, Tapi Dia Kerek & Jual Mahal’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mas Idayu Tak Pilih Kasih, Nafi Joey & Naqiu Tersingkir Sebab Lupa Lirik – ‘Kalau Dia Rasa Sesuai Untuk Ke Final Famili Duo 4, Siapa Juri Perlu Buang?’
Memalukan diri
Watie atau Norwati Sadali, 48, berkata, suaminya yang juga pelawak dan pengacara itu tidak mahu dirinya dimalukan oleh jutaan penonton.
Saya bukan tak nak mahu GV, tapi suami saya tidak benarkan. Menyanyi bukan boleh sesuka hati, lagi pula GV adalah pertandingan. Saya akan gemuruh kalau masuk pertandingan.
Saya cakap dengan ahli Elite iaitu Azza, minta maaf sangat-sangat. Dia sampai merajuk. Saya beritahu Azza yang Joey tak izinkan.
Joey kata jangan memalukan diri kerana bukan satu dua orang yang menonton tetapi berjuta.
Tambahan lagi, saya sudah lama tidak menyanyi. Joey kata dia kenal saya macam mana, dia tak tahu saya menangis kalau masuk pertandingan itu.
Watie berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis sidang media Kemaafan Dendam Yang Terindah: Ifa Raziah & Roslan Shah yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.
Jaga kesihatan mental
Mengakui perasaan membuak untuk membuat kemunculan kembali, Watie bagaimanapun menganggap ada hikmah apabila dirinya tidak menyertai program terbabit.
Dalam hati saya membuak-buak nak masuk, sebab itu adalah cara untuk Elite buat ‘comeback’, kesian kalau tiga wakil sahaja dalam Elite.
Namun, ada hikmah juga saya tak masuk. Saya boleh ‘anxiety’ kalau baca komen negatif, tidur malam boleh terbayang-bayang.
Terdahulu, Elite dianggotai oleh Linda Rafar, Sasha Saidin dan Azza pernah menyertai GV5 pada 2018.