Sebut sahaja Watsons Malaysia, mesti ramai yang cukup kenal dengan rangkaian kedai kesihatan dan kecantikan ini. Memiliki ratusan cawangan di Malaysia membuatkan jenama ini dikenali ramai sehingga kini.
Terbaharu, Watsons Malaysia telah meraikan para pemenang K-Beauty Festa 2024 ‘Be Seoul Beautiful’ dalam kerjasama dengan Korea Tourism Organization Malaysia dengan membawa mereka ke Korea Selatan untuk menikmati pengalaman eksklusif dan mengenali budaya K-Culture secara mendalam. Wow!
Watsons K-Beauty Festa 2024
Menariknya, perjalanan ini direka khas untuk membawa para pemenang menikmati keindahan Korea di musim luruh serta merasai pengalaman kecantikan dan kebudayaan Korea yang unik!
Ayuh ikuti dengan lebih lanjut destinasi-destinasi utama yang dikunjungi para pemenang yang mana setiap satu destinasi ini menawarkan pengalaman dan pemandangan yang pastinya memukau orang ramai!
1. Anseong Farmland
Dinamakan sebagai Anseong Farmland, taman agriculture ini menampilkan keindahan alam semula jadi dan pengalaman bertani yang menarik.
Selain itu, para pengunjung berpeluang untuk menjelajahi ladang bunga yang luas, memberi makan kepada kambing biri-biri, serta menikmati keindahan rumput pink muhly yang mengelilingi kawasan ladang.
Sememangnya sebuah destinasi yang sempurna bagi sesiapa yang ingin mendekati alam semula jadi sambil memahami kehidupan pertanian di Korea.
2. Jeonju Hanok Village
Berbincang mengenai Korea mesti ramai yang membayangkan industri K-Pop atau teknologinya yang serba moden.
Dalam pada itu, negara Korea sehingga kini masih lagi mengekalkan konsep rumah-rumah tradisional atau hanok untuk tatapan semua tau!
Terletak di Jeonju Hanok Village, para pemenang K-Beauty Festa berpeluang menikmati aktiviti kraf tradisional dan mencuba hidangan terkenal seperti Bibimbap Jeonju.
Pengunjung juga boleh merasai pengalaman memakai hanbok dan merakam kenangan di kawasan ini yang sering dijadikan lokasi penggambaran drama Korea. Serius best!
3. Gyeonggijeon Shrine
Kaki K-Drama mesti cukup kenal dengan tempat yang cukup ikonik iaitu Gyeonggijeon Shrine.
Untuk pengetahuan korang, tempat bersejarah ini merupakan tempat yang diedikasikan khas buat Raja Taejo selaku pengasas Dinasti Joseon.
Seni bina tradisional dan pemandangannya yang indahnya membuatkan tempat ini dikunjungi ramai sehingga kini.
Oh ya, berbincang mengenai K-Drama, siri Love in the Moonlight antara K-Drama yang turut membuat penggambaran di sini.
Buat pencinta sejarah dan budaya Korea, pastikan korang masukkan Gyeonggijeon Shrine dalam wishlist korang!
4. Welcome Daehakro Performance
Welcome Daehakro Festival merupakan festival seni persembahan terbesar di Daehangno yang diadakan setiap musim luruh.
Festival ini menampilkan pelbagai persembahan seni K-performance, termasuk teater dan persembahan jalanan (fringe) yang menarik perhatian pelancong tempatan dan juga antarabangsa.
Pengenalan Welcome Daehakro Performance secara tidak langsung berjaya mempromosikan seni dan budaya Korea kepada orang ramai.
Ahli Watsons turut berpeluang menonton muzikal komedi Vamp and Hunter, karya pencipta Shear Madness, yang mengisahkan pertembungan antara pontianak dan pemburu dengan elemen romantik dan komedi. Sari kata bahasa Inggeris turut disediakan untuk penonton antarabangsa.
5. Seongsu-dong Cafe Street
Buat korang yang suka cafe hunting, inilah lokasinya!
Bertempat di Seongsu-dong Cafe Street, lokasi ini dipenuhi dengan kafe-kafe unik, kopi istimewa dan juga suasana yang tenang dan artistik.
Sekitar Seongsu-dong Cafe Street, korang bakal berpeluang untuk melawat ke butik dan galeri seni yang menarik untuk diterokai.
Khas buat para pemenang K-Beauty Festa 2024 ‘Be Seoul Beautiful’, mereka dibawa untuk menikmati detik-detik santai di Seongsu-dong Cafe Street sambil menikmati kopi dengan suasana yang sememangnya tidak dapat dilupakan.
6. Realworld Seongsu
Pernahkah korang terfikir untuk beraksi bagaimana seorang detektif?
Haa.. buat korang terpengaruh menerusi K-Drama atau filem, Realworld Seongsu adalah tempat untuk realisasikan impian korang!
Pengalaman unik ini menggabungkan kafe dan permainan dalam tema hotel misteri, dengan kafe di tingkat bawah dan enam kawasan imersif di tingkat atas untuk permainan yang mencabar. Para ahli Watsons berpeluang bermain Unlocky! di sini, mengambil peranan sebagai pengawal keselamatan yang tidak disedari, menyiasat pelbagai kehilangan misteri dan kerosakan dalam hotel.
Di sini para pemenang dibawa untuk menyelesaikan pelbagai senario menarik dan mengasah kemahiran berfikir mereka.
Tempat yang penuh dengan cabaran ini pastinya mengukir kenangan yang unik buat mereka yang terlibat!
7. Personal Colour Analysis di Beauty Play Hongdae
Kami yakin ramai yang ingin mengetahui warna apakah yang disesuai dipakai dan digayakan agar sesuai dengan personaliti korang.
Malah, ramai yang sanggup berbelanja besar semata-mata untuk mengetahuinya tau!
Bertempat di Beauty Play Hongdae, korang berpeluang menjalankan Personal Colour Analysis yang dijalankan khas oleh pakar perunding Korea dalam menganalisis warna yang paling sesuai dengan warna kulit, rambut, dan mata setiap peserta.
Bukan itu je, cadangan khusus melibatkan pemilihan pakaian dan solekan turut dikongsikan pakar perunding imej dalam membantu menonjolkan kecantikan semula jadi dan meningkatkan keyakinan diri. Best kan?
8. Sesi rawatan kecantikan eksklusif bersama JennyHouse dan Banobagi
Tak sah rasanya kalau ke Korea tapi tak dapatkan produk kecantikan yang sememangnya popular di negara ini.
Untung buat para pemenang, mereka dibawa untuk menyertai bengkel dan sesi rawatan kecantikan eksklusif bersama dua jenama K-Beauty terkenal, iaitu JennyHouse dan Banobagi. Wow!
Uniknya mengenai JennyHouse, mereka adalah salon pilihan K-Artis yang terkenal, dan esklusif jenama di Watsons Malaysia yang menawarkan produk rambut untuk membaiki dan menghidupkan kembali rambut yang rosak.
Selain itu, JennyHouse juga menawarkan perkhidmatan touch-up solekan dan dandanan rambut secara percuma oleh pakar kecantikan yang berpengalaman bersama ramai artis K-pop terkenal. Serius best!
Buat korang yang mahu dapatkan produk JennyHouse, korang tak perlu fly sehingga ke Korea sebabnya korang boleh dapatkan secara terus di Watsons Malaysia!
Sebuah lagi jenama K-Beauty yang turut diberi peluang untuk para pemenang adalah Banonagi. merupakan jenama penjagaan kulit yang menggunakan teknologi canggih bersama bahan semula jadi untuk menangani pelbagai masalah kulit seperti hidrasi, pencerahan, anti-penuaan, dan jerawat.
Oh ya, para pemenang juga diberi peluang untuk mencuba rangkaian produk Banobagi secara langsung.
View this post on Instagram
Serius penuh dengan aktiviti dan keseronokan buat para pemenang Watsons K-Beauty Festa 2024 ‘Be Seoul Beautiful’. Sememangnya pengalaman yang tidak dapat dilupakan!
Mereka bukan sahaja di ke destinasi-destinasi popular di Korea serta meneroka alam dan budaya, malah dijemput untuk merasai sendiri pengalaman industri K-Beauty di Korea.
Sememangnya perjalanan ini memberi peluang kepada mereka untuk lebih mendalami dan menghargai keindahan K-Culture di Korea.