berita

Watsons Malaysia Sumbang Produk & Bekalan Untuk Bantu Hospital Perangi COVID-19

April 2nd, 2020 | by Noraniza
Kini Trending

Watsons Malaysia menyumbang produk dan bekalan untuk membantu hospital dan penjaga kesihatan untuk mengurangkan penyebaran pandemik Covid-19 di negara ini. Sumbangan ini termasuk barangan Watsons Own Brands seperti Watsons Antibacterial Wipes, Watsons Vitamin C, Hand Sanitizer dan Rain Hats.

Selaras dengan usaha seluruh negara untuk memerangi penyebaran COVID-19, Watsons sentiasa berada di hadapan untuk memberi kembali kepada masyarakat dengan memberikan sokongan seperti ini apabila masyarakat memerlukannya.

Watsons juga menyokong perintah sekatan pergerakan Covid – 19 dengan mengubah logonya di laman Facebook Watsons untuk mengingatkan orang ramai bahawa #WatsonsHereForYou dan supaya tetap berhati-hati dalam membantu negara mengakhiri rantaian virus.

Usaha tanggungjawab sosial ini mencerminkan komitmen Watsons terhadap peningkatan kesejahteraan masyarakat dengan kerjasama rapat bersama #KitaJagaKita, sebuah NGO yang menjadi penghubung untuk memberi bantuan kepada  yang memerlukan melalui inisiatif sosial mereka.

Bekalan ini disalurkan ke Hospital Sungai Buloh dan hospital kerajaan dan pusat kesihatan lain. Sebagai tanda terima kasih Watsons juga telah merakam video kakitangan mereka mengucapkan terima kasih kepada petugas #BarisanHadapan yang bekerja tidak kira masa demi memastikan rakyat selamat.

“Kami sangat berterima kasih kepada setiap pekerja kesihatan, petugas penguatkuasaan dan lain-lain #BarisanHarapan pahlawan yang bekerja tanpa mengenal penat lelah sepanjang tempoh masa ini.

Kami juga berterima kasih kepada pekerja kedai dan farmasi kami yang bertugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) ini untuk memberi khidmat kepada komuniti, memberikan mereka keperluan asas dan keperluan penting.

Kami berdoa untuk mereka yang hidupnya telah terjejas secara langsung atau tidak langsung oleh wabak ini. Marilah kita berjuang bersama-sama mengatasi COVID-19. Watsons sentiasa di sini untuk anda, rakyat Malaysia, “kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×