berita

Watsons Nak Belanja Korang Rumah Impian Di Gamuda Cove Sempena Ulangtahun Ke-11 Mereka. Wow!

July 29th, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Wow, biar betul? Haa..sempena sambutan ulang tahun Watsons yang ke-11 ni, Watsons nak hadiahkan sebuah rumah impian buat pelanggan setianya yang tak jemu-jemu menyokong mereka selama ini.

Yang lagi best, terdapat pelbagai hadiah menarik menanti korang seperti baucar tunai, diskaun hebat, dan banyak lagi! Mesti korang dah tak sabar nak tahu kan? Jom kami kongsikan!

Miliki kediaman idaman serta baucar tunai Watsons bernilai RM100 setiap minggu!

Kalau korang nak tahu, melalui kempen ‘Shop Your Way to Your New Home’, korang berpeluang untuk memenangi hadiah utama iaitu sebuah apartment berservis, Maya Bay Residences di Gamuda Cove!

Menariknya, Maya Bay Residences ni adalah sebuah perbandaran seluas 1530 ekar dan merupakan lokasi strategik di mana, hanya 15 minit ke KLIA dan 35 minit ke bandar Kuala Lumpur. Lagi best, apartment berservis Maya Bay Residences juga merupakan pangsapuri berfasiliti resort dan terletak berdekatan dengan pelbagai tarikan di Gamuda Cove seperti Discovery Park, Discovery Wetland dan Splash Mania (akan dibuka).

Macam mana nak menang? Mudah je! 

  1. Bagi melayakkan diri untuk cabutan hadiah utama, korang perlu berbelanja di Watsons ataupun secara online sepanjang peraduan berlangsung untuk satu (1) penyertaan.
  2. Dengan setiap pembelian mana-mana jenama yang turut serta, korang layak untuk mendapat dua (2) kali penyertaan.
  3. Peraduan ini terdapat di Watsons di seluruh negara dan dalam talian dari 29 Julai hingga 29 September 2021.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang penyertaan, klik DI SINI.

Caryn Loh, Managing Director (kiri) dan Danny Hoh, Customer Director (kanan) Watsons Malaysia

Watsons juga bermurah hati nak berikan baucar tunai bernilai RM100 buat 1000 ahlinya dengan sebarang pembelian di kedai dan secara dalam talian tau. Syoknya!

Eh, bukan itu je. Nah, lebih banyak promosi hebat buat korang!

Selain hadiah yang ditawarkan tadi, Watsons juga nak bagi korang lebih banyak ganjaran menarik seperti:

Diskaun tambahan sehingga 30% bagi ahli Watsons 

Haa..inilah masanya untuk ahli Watsons shopping barang kegemaran mereka sampai puas dan nikmati diskaun sehingga 30%!

Diskaun segera RM11

Korang layak untuk nikmati diskaun segera bernilai RM11 apabila berbelanja minimum RM110 di Watsons dengan pembayaran melalui Grabpay.

Percuma 1000 mata Watsons  

Watsons nak bagi korang 1,000 mata Watsons percuma dengan setiap pembelian produk Watsons Brand bernilai RM50. Wow, banyaknya!

Baucar kesihatan & kecantikan percuma berjumlah sebanyak RM150

Ada banyak jenama barangan kesihatan dan kecantikan yang korang boleh dapatkan seperti Eucerin, Wardah, Revlon, Naturals by Watsons dan banyak lagi! Bolehlah shopping produk kegemaran korang!

Selain itu, ahli Watsons juga berpeluang untuk menikmati pelbagai faedah eksklusif seperti keahlian seumur hidup, diskaun ahli, 5x mata ganjaran pada bulan hari lahir dan macam-macam lagi lah. Senang cerita memang bertuah betul jadi ahli Watsons ni!

Apa lagi tunggu guys, jomlah nikmati lebih banyak tawaran menarik dengan berbelanja secara online di www.watsons.com.my ataupun nak lagi senang, muat turun aplikasi mudah alih Watsons di Google Play Store, Huawei App Gallery atau Apple App Store. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Watsons Malaysia ataupun Facebook dan Instagram mereka bagi sebarang update terkini.

SKIP THIS AD ×