berita

Wawa Zainal Dedah Raf Yaakob Datang Berjumpa, Bagitahu Bercerai Dengan Mawar – ‘Moga Ada Sinar Kembali’

November 30th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Wawa Zainal

Usahawan dan pelakon Wawa Zainal mendedahkan Raf Yaakob ada datang berjumpa dengannya bagi memaklumkan berita perceraian dengan bekas isteri, Mawar Rashid.

Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel Jual Lamborghini, Derma Sebahagian Duit Kepada Pales***

Artikel Berkaitan: Mawar Rashid & Raf Yaakob Sepakat Berpisah, Tiada Persefahaman Lagi

Doakan ‘getback’

Ketika ditemui OhBulan!, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, dia terkejut dan berasa sedih ketika mendapat tahu berita tersebut.

Saya tidak jangka dia akan bercerai dengan Raf. Mereka adalah pasangan yang sangat serasi dan penyayang.

Saya dan suami sangat-sangat terkejut dengan berita perceraian Mawar.

Raf ada maklumkan kepada saya dan suami sebelum semua orang tahu, saya sedih bila dapat tahu dari dia.

Wawa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Klepet terbitan Respected Citizen Sdn Bhd yang berlangsung di Putrajaya, pada Rabu.

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Aeril Zafrel itu berkata dia mendoakan semoga ada sinar untuk Mawar dan Raf kembali bersatu.

Apa pun mungkin itu adalah keputusan terbaik yang diambil oleh mereka, harap mereka akan kembali bersama.

Doakan semoga ada sinar untuk mereka berdua kembali bersama.

Sementara itu, Wawa memaklumkan dia dan suami masih belum berkesempatan untuk berjumpa dengan Mawar dan Raf.

Selepas bercerai masih tak sempat berjumpa dengan mereka. Tapi sebelum bercerai itu ada jumpa.

Saya rasa mereka memerlukan ruang dan masa untuk bertenang. Doa saya sentiasa mengiringi mereka.

SKIP THIS AD ×