berita

‘We Move Forward, But The Pain? It Never Left’ – Anak Mangsa Tragedi MH370 Luah Rasa Hiba

March 8th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Tragedi MH370 yang berlaku pada tarikh 8 Mac empat tahun lalu tidak mungkin dilupakan oleh mana-mana rakyat Malaysia. Penerbangan pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing pada jam 12.41 pagi telah hilang dari radar. Usaha pencarian dan menyelamat dijalankan namun tiada sebarang petanda bahawa kapal ini akan ditemui.

Baru-baru ini, seorang pengguna twitter (Maira) meluahkan pengalamannya sewaktu menerima berita kehilangan kapal tersebut dimana bapanya merupakan salah seorang penumpang bagi perjalanan itu.

‘Saya buka televisyen dan tajuk utamanya adalah kehilangan MH370..’

Ceritanya, pada waktu kejadian dia menerima satu panggilan telefon semasa waktu rehat yang bertanyakan tentang keberadaan ayahnya. Semua orang melihat kaca televisyen pada ketika itu dan dia melihat tajuk utama pada haritu itu adalah ‘kehilangan pesawat MH370’. Jantungnya seakan terhenti ketika itu.

‘Saya tak mampu bernafas..’

Semasa melihat berita tersebut dia mengakui nafasnya seakan terhenti dan dia juga tidak pasti adakah pesawat tersebut yang dinaiki ayahnya. Dia terus membuat panggilan telefon untuk bertanya kepada emaknya tentang kejadian tersebut. Emaknya hanya mampu meminta dia bersabar dan pulang ke rumah.

‘Berharap semua adalah mimpi..’

Pada masa kejadian tersebut, Maira pulang awal dari biasa dan sekembalinya ke rumah dia langsung terus ke bilik tanpa bersapa dengan sesiapa pun. Dia tidak mempunyai rasa untuk melakukan apa-apa ketika itu selain menangis sehingga tertidur dan berharap semua yang berlaku hanyalah mimpi.

‘We move forward, but the pain? it never left.’

Maira akui kehidupannya berubah sejak tragedi ini berlaku. Mudah untuk mengatakan tak apa sebab semua akan baik-baik sahaja dan kita perlu teruskan hidup. Namun bagi Maira kesakitan yang dialami tetap akan kekal walaupun mereka sudah pasrah dengan apa yang berlaku. Tidak ada satu pun ayat pemujukan yang mampu mengubah kesakitan itu.

‘Hiba sebab ayah tak ada untuk tengok kejayaan ni..’

Maira telah pun mencapai kejayaan yang ingin dilihat ayahnya, namun perasaan hiba tidak pernah hilang kerana ayahnya tidak sempat melihat kejayaan itu.

Credit: @Gorgxous

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×