berita

Weekend ni Fahrin Ahmad Kahwin..Tapi Identiti Calon Isteri Dirahsiakan

May 5th, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

Screen Shot 2015-05-05 at 4.20.37 PM

Fahrin Ahmad telah mengadakan sidang media pada petang ini untuk mengumumkan berita gembira untuk dirinya dan juga kepada peminat.

Akhirnya pelakon utama Pilot Cafe itu memberitahu tarikh nikah yang akan diadakan pada Sabtu ini iaitu pada 9 Mei 2015. Tapi.. identiti bakal isteri masih tidak didedahkan. Hermm.. Siapa erk wanita bertuah tu?

Saya akan bernikah pada Sabtu ini iaitu pada hari tarikh lahir saya yang jatuh pada 9 Mei. Tetapi buat masa ini saya tidak mahu mendedahkan siapa bakal isteri saya itu.

Bukan Selebriti

Fahrin mendedahkan bahawa calon isteri bukan dari kalangan selebriti dan sudah mengenali hati budi lebih dari setahun yang lalu. Sekaligus menafikan desas-desus mengenai hubungan Fahrin dengan pelakon Izreen.

Kami berkenalan sejak setahun lalu dan saya tahu ramai yang terkejut kerana tidak tahu mengenai perhubungan ini.

Sebab saya tidak berkongsi mengenai perkara ini terlalu awal kepada umum kerana ia atas permintaan kedua-dua belah pihak keluarga

Tambah Fahrin juga, keluarga bakal isteri faham dengan kerjaya sebagai pelakon malah mereka memberi sokongan terhadap kerjaya fahrin.

Bagaimanapun mereka (keluarga) menerima saya seadanya. Mungkin mereka tidak faham cara kerja saya sebagai pelakon tetapi mereka sanggup bersama-sama memberi sokongan pada saya

Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Fahrin dan bakal isteri! Akhirnya Fahrin bertemu juga dengan cinta hati dan teman hidup. Tak sabar nak tahu siapa wanita bertuah tu!

Sumber: mStar

Video Kredit: Instagram @officialhlive

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×