berita

‘Wei, Mak Dah Mati Ni. Transfer Aku Duit Mak RM6k, Aku Sempat Ambil Nombor Pin Mak’

June 3rd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Pemergian insan tersayang terutamanya ibu bapa merupakan satu momen yang sangat sedih dan perit sehingga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bayangkan, insan yang banyak berkorban masa dan tenaga menjaga serta menyayangi kita sepenuh hati telah pergi buat selama-lamanya.

Tetapi berbeza pula yang terjadi kali ini apabila ada seorang anak didakwa seakan tidak sedih dengan pemergian ibu sebaliknya hanya mementingkan wang sahaja.

Anak jaga mak tenat di wad Covid-19

Kisah ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter iaitu hypePeep. Kejadian menyayat hati ini telah menimpa seorang wanita berusia 96 tahun ketika berada di salah sebuah wad Covid-19. Menurut sumber, pada suatu malam, wanita ini berada dalam keadaan tenat. Oleh itu, disebabkan faktor umur, pihak perubatan dipercayai membuat keputusan membenarkan anak wanita ini yang turut positif Covid-19 untuk menjaga ibunya di wad tersebut.

‘Aku sempat ambil nombor pin mak’

Namun siapa sangka, dua hari kemudian, wanita ini telah pergi buat selama-lamanya. Tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila individu ini mendakwa terdengar perbualan si anak di telefon memaklumkan bahawa si ibu sudah meninggal dunia dan disebabkan dia telah menjaga ibunya di wad, dia meminta wang berjumlah RM6.000.

Paling tidak disangka, si anak terbabit dikatakan sempat meminta nombor pin akaun bank ibunya. Kejam! Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa geram dan tidak berpuas hati dengan tindakan si anak yang tergamak mementingkan diri dan ‘gilakan’ harta.

Sumber: hypePeep

SKIP THIS AD ×