berita

‘Welcome Back Tun!’ – Barisan Selebriti Pamer Sokongan Terhadap Tun Mahathir

May 10th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Kejayaan di luar jangkaan Parti Pakatan Harapan malam tadi masih menjadi bualan hangat rakyat Malaysia sehingga ke saat ini. Berjuta-juta rakyat Malaysia gembira menerima keputusan pilihan raya tahun ini yang dirasakan bagaikan suatu keajaiban.

Artikel Berkaitan : ‘Tun Dr Mahathir Adalah Che Guevara Malaysia’ – Sharnaaz Ahmad Teruja Kerajaan Bertukar

Tidak terkecuali, beberapa rakan artis turut berkongsi kegembiraan menyokong kerajaan baru dibawah kepimpinan Tun Dr Mahathir. Maka, tidak hairanlah keputusan PRU 14 mencipta sejarah setelah 60 tahun parti BN memerintah. Sesuai dengan slogan, Ini Kalilah!

Tiada yang mustahil – Siti Nurhaliza

Hari ini dalam sejarah.. Takde yg mustahil..’Kun Fa Ya Kun’ #negarakutercinta

Muka ada senyum – Zulin Aziz

Welcome back tun @chedetofficial?? ? Siapa sini tak tido lagi? Ku terus pergi kerja dgn mata rabak ni. Tapi muka ada sinyummm. Selamat bercuti semua ?

Percaturan Allah cemerlang – Sari Yanti

Historical day. Masha’Allah. Tahniah Malaysia .Tahniah yang mendapat mandat. Siapa pun yang kita Pilih. Kita semua sama.  Mahu yang terbaik. Dan Sayang kan Negara kita. Dulu dulu arwah Uwan kakak selalu cakap.

Kalau suka. Jangan suka suka sangat. Takut nanti menangis. Kalau sedih jangan sedih sangat. Kerana percaturan Allah jualah yang paling cemerlang.

Perasaan majoriti rakyat saat ini – Che Ta

Foto ni menggambarkan perasaan majoriti rakyat Malaysia disaat ini ..syukur Alhamdulillah . Tun finaly capai wawasan 2020 yg Tun dah planned @chedetofficial

Selamat datang kembali PM! – Fatiya Latiff

Assalamualaikum dan salam Sejahtera :) Alhamdulillah.. Tahniah kepada Tun Mahathir??! We are Happy! Welcome back Prime Minister! Bayangkanlah bagaimana beliau menghadapi bermacam-macam tekanan sebelum ini namun beliau tetap tabah melaluinya dengan penuh kesabaran dan akhirnya telah berjaya!

Hidup Tun! @chedetofficial ( From now on, i hope that everybody in Malaysia can stop cursing or say bad things towards each other on Social Media. I’ve also forgive those who have said obscene/unpleasant words to me last time. Let’s become a better Malaysian! )

Otai masih berbisa – Abby Abadi

ALLAH selamatkan Tun Mahathir @chedetofficial Otai masih berbisa hehe..: Tahniah kepada seluruh Pimpinan Pakatan HARAPAN yg bekerja keras seluruh jiwa raga demi menyelamat Malaysia yg tercinta ini dari tangan2 rakus yg merosakkan.

ALLAH sudah buka ruang. Kita bagi peluang pada Pimpinan Pakatan HARAPAN utk memperbaiki kerosakan yg ada. Takkan mungkin dpt diperbaiki sekelip mata. Kita usahakan bersama ye..

Sumber : Instagram

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×