berita

‘Welcome Board’ Majlis Kahwin Tular, Uqasha Senrose & Kamal Adli Nikah Bulan Ini?

October 9th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Baru-bru ini, majlis bridal shower dan bachelorette party pelakon Uqasha Senrose menjadi tumpuan ramai orang. Majlis yang dihadiri adik-beradik dan sepupu itu seakan memberi bayangan tarikh perkahwinan Uqasha bersama aktor Kamal Adli makin hampir.

Artikel Berkaitan: Kamal Adli Dah Mula Fitting Baju Kahwin, Netizen Tak Sabar Nak Tahu Tarikh!

Welcome board tulis Oktober

@kadgalericintaTahniah uqasha senrose dan kamal adli ?? ##fyp ##pengantinviral ##uqashasenrose ##kamaladli? Beautiful In White – Shane Filan

Terbaru, spekulasi pasangan ini bakal disatukan dalam masa terdekat makin jelas apabila welcome board majlis pernikahan mereka itu tular di laman sosial TikTok.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pemilik akaun @kadgalericinta, rakaman itu memaparkan nama Kamal dan Uqasha untuk majlis yang tertera Oktober 21. Namun, tarikh kejadian tidak ditulis pada welcome board yang diukir itu.

Ada dalam kalangan warganet yang beranggapan tarikh yang dimaksudkan adalah 21 Oktober. Namun, sebenarnya angka 21 itu bermaksud tahun 2021.

Menurut pengelola akaun tersebut, dia menyerahkan kepada Uqasha untuk mengumumkan tarikh hari bahagianya.

Ada typo nama

Dalam pada itu, tanda pagar #kamaluqasha, turut digunakan bagi meraikan pasangan sama cantik sama padan.

Difahamkan, welcome board itu terpaksa dibuat semula ekoran kesalahan ejaan nama Uqasha menjadi Uqasya pada papan kayu tersebut.

Bagaimanapun sehingga kini, pasangan popular itu belum mengesahkan kesahihan mengenai perkara tersebut.

Terdahulu, Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.

Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad.

Pasangan tersebut yang melangsungkan pertunangan pada April lalu sepatutnya melangsungkan majlis akad nikah dan tiga buah majlis resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka, namun terpaksa menangguhkan hasrat tersebut disebabkan virus Covid-19 yang semakin menular.

Sumber: TikTok @kadgalericintaofficial

SKIP THIS AD ×