berita

‘What If I Say Hans Cannot Play A Muslim Character?’ – Individu Ini Persoal Kenyataan Hans Isaac

November 21st, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac telah mengeluarkan kenyataan berhubung semua stesen penyiaran tidak dibenarkan barisan pelakon muda disolek tua semata-mata untuk memegang watak berusia di dalam drama mahupun filem.

Sehubungan itu, ada segelintir individu yang menegur kenyataan Hans Isaac dengan menyatakan mana-mana pelakon juga tidak dibenarkan memegang watak Islam sekiranya pelakon tersebut adalah bukan penganut agama Islam.

What if I say Hans can’t play a Muslim character?

Jimie Cheng menerusi laman Twitter peribadinya memberi respon terhadap kenyataan yang dikeluarkan Hans Isaac terhadap barisan pelakon muda tidak dibenarkan bersolek menyerupai tua semata-mata untuk memegang watak itu.

Menurut hujahan dan kenyataan individu ini berkata Hans Isaac juga tidak boleh memegang watak sebagai seorang Muslim semata untuk menjaga ‘periuk nasi’.

Saya telah membaca beberapa kenyataan yang turut bersetuju dengan kenyataan ini dan saya memahami. Namun, dunia industri sekarang tidak berfungsi seperti sebelum ini lagi. Bagaimana jika saya katakan Hans Isaac juga tidak boleh memegang watak sebagai seorang Muslim?

Same veteran actors are often appearing in multiple dramas

Tambahnya lagi, individu ini pernah berpendapat bahawa pelakon baharu perlu diberikan peluang dan tidak logik sekiranya pelakon berusia lingkungan 30an hingga 40an pula memegang watak remaja.

Kenapa bakat baru tidak diberi peluang daripada pelakon berusia 30an dan 40an memegang watak muda? Hal ini akan menyumbang kepada masalah pemasaran produk tersebut.

Jika anda menonton drama Melayu, tidak banyak kelihatan pelakon muda memegang watak berusia. Malah, saya juga menyedari pelakon veteran kerap muncul dalam kebanyakan drama.

Start at least a regional-level quality 

Malah, dia turut menyarankan untuk industri perfileman negara kita menganjurkan sebuah festival berprestij dan berkualiti seperti Malaysia Film Festival.

Acara penganjuran seperti Malaysian Film Festival perlu menjemput pemenang filem dari negara serantau dan penonton perlu belajar sesuatu tentang filem yang ditunjukkan dari mereka. Malah, kita juga dapat buka peluang dari pembikin luar untuk datang dan menawarkan sesuatu yang menarik.

It will eat away resources

Dia turut bercakap mengenai penganjuran sekiranya industri kita menganjurkan acara besar seperti Malaysia Film Festival yang melibatkan banyak jemputan dari luar negara.

Acara yang berskala besar sebegini sekurang-kurangnya memerlukan setahun untuk proses perancangan. Hal ini kerana memakan proses masa dan wang juga.

Sumber: Jimiecheng

SKIP THIS AD ×