Berikutan pendedahan tentang pergolakan rumah tangga, ramai pihak yang membuat dakwaan dan mencetuskan spekulasi terhadap pempengaruh dan usahawan Jofliam.
Artikel Berkaitan: Jofliam Rindu Anak-Anak – ‘Sepatutnya Han Join Ke Milan, Tapi Ada Benda Yang Menghalang’
Artikel Berkaitan: Jofliam Unfollow Di Instagram, Cik Epal Enggan ‘Jaja’ Kisah Rumah Tangga – ‘Aku Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Sangat Baik’
Jofliam pertahankan diri
Tidak berdiam diri, Jofliam menerusi perkongsian di Instagram Story, bertindak mempertahankan dirinya daripada dakwaan curang terhadap isteri.
Eh geram pula kita.
What if saya memang tak curang pun? What if sebenarnya ada plot twist?
Korang jangan main-main.
Dalam pada itu, usahawan Pizza Wagyu tersebut berkata, isterinya yang dikenali sebagai Cik Epal akan tampil menjelaskan tentang isu rumah tangga mereka.
Tak mengapalah, Cik Epal pun dah janji nak clear kan benda ini selepas habis mahkamah, dekat media sosial.
Selepas dia jelaskan, yang cakap saya macam-macam ini..tak tahulah nak cakap.
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai status hubungan Jofliam dan isterinya, malah pelbagai khabar angin mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.
Sumber: IG Jofliam