Vokalis band rock terkenal Wings iaitu Datuk Awie memaklumkan kumpulan itu bakal mengadakan siri jelajah di 49 buah penjara seluruh Malaysia pada tahun hadapan.
Artikel Berkaitan: Awie Pening Cari Lokasi Rock Warrior Music Festival – ‘Ada Penganjur Berebut Tempah Vanue, Tapi Tak Tahu Nak Anjur Konsert Apa’
Artikel Berkaitan: ‘Rock Warrior Music Festival’ Bakal Beri Pengalaman Muzik Yang Tiada Tandingan Kepada Semua Peminat Rock
“Beri semula kepada masyarakat’
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 55, berkata, projek tersebut merupakan program amal atau tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Katanya, persembahan akan dilakukan secara tertutup dan hanya disaksikan oleh banduan yang berada dalam penjara.
Sudah tiba masanya untuk Wings memberikan semula kepada masyarakat, ini projek CSR. Juga sempena 40 tahun Wings dalam industri. Saya percaya tiada satu orang dalam penjara yang mahu jadi jahat.
Sebelum Wings berehat nanti, berilah kami peluang untuk berjumpa dan memberi sepatah dua kata kepada mereka yang berada di dalam penjara. Supaya mereka dapat merasai dicintai golongan artis.
Awie berkata demikian ketika ditemui di sidang media Rock Warrior Music Festival yang berlangsung di Petaling Jaya, pada Isnin.
Penjara Kajang
Dalam pada itu, Awie memberitahu, pihak Jabatan Penjara Malaysia juga sudah bersetuju dan projek itu akan dimulakan di Penjara Kajang.
Pihak saya juga sudah adakan beberapa kali mesyuarat dengan pihak penjara. Pihak penjara juga sudah memberi sokongan untuk projek ini.
Saya dan pasukan juga dalam usaha mencari penaja supaya projek ini berjaya dilaksanakan untuk pusing seluruh Malaysia dan adakan konsert dalam penjara.
Projek ini akan dimulakan dengan Penjara Kajang. Insya-Allah akan berlangsung pada tahun depan.