Vokalis kumpulan Wings, Dato’ Awie memaklumkan hasrat ingin memperlahankan rentak dalam arena musik selama tempoh 37 tahun dengan mengerjakan umrah sebaik tamat konsert yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini.
Artikel Berkaitan: Konsert Wings Dituduh Jadi Punca Kerosakan Akhlak Rakyat Kelantan, Ini Jawapan Padu Awie
Artikel Berkaitan: Awie Dedah Pengalaman Pahit Dihalau Dari Rumah Sewa & Berkongsi Makan Maggi Demi Wings
Beri laluan kepada penyanyi lain
Menerusi laporan Kosmo, kumpulan Wings sudah merancang untuk mengerjakan umrah pada bulan hadapan secara berlima. Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, jika ada keluarga daripada ahli kumpulannya yang ingin turut mengerjakan umrah juga boleh turut serta mereka.
Tambah Awie, mereka akan kembali aktif selepas sambutan Aidilfitri tahun hadapan. Berikutan dengan itu, dia menambah bahawa lebih selesa memberi laluan kepada konsert penyanyi lain dengan memperlahankan langkahnya selepas mengerjakan umrah.
Bulan depan kami rancang mengerjakan umrah bersama-sama. Allah bagi rezeki, jadi kami akan pergi berlima.
Terkini, konsert Naga Kramat anjuran MW Mega dan Awie Entertaiment yang bakal berlangsung pada 22 Oktober 2022 itu telah lebih 80 peratus tiket dijual.
Sumber: Kosmo