Kalau sebut pasal Jepun, mesti ramai bayangkan Tokyo atau Osaka je kan? Tapi korang tahu tak, Hokkaido sebenarnya lagi rare dan penuh dengan tempat menarik yang confirm akan buat korang teruja!
Dari keindahan salji putih macam dalam filem, makanan laut yang super fresh sampailah ke pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan! Haa.. Memang rugi kalau tak masukkan dalam bucket list!
Bagi korang yang first time nak ke Hokkaido, jangan risau! Kami dah senaraikan antara tempat ‘wajib pergi’ yang akan buat trip korang ke sini lebih memorable.
Berikut merupakan tempat yang mesti ada dalam itinerary korang!
Asahiyama Zoo – Ada penguin show!
Tarikan utama yang korang tak boleh skip adalah Asahiyama Zoo yang terletak di Asahikawa, bandar yang mempunyai penduduk kedua terbesar di Hokkaido.
Tarikan paling ‘win’ dekat sini? Mestilah Penguin Snow Walk Pavilion! Pada setiap musim sejuk, penguin-penguin comel ini akan berarak beramai-ramai di atas salji, comel gila! Penguin Snow Walk Pavilion dijadualkan dua kali sehari pada jam 11 pagi dan 2.30 petang
Bukan penguin je ada, Asahiyama Zoo juga rumah kepada haiwan-haiwan iklim sejuk lain seperti beruang kutub, rubah Artik, serigala dan burung hantu salji.
Setiap spesies ditempatkan dalam kawasan khas yang direka menyerupai habitat asal mereka, jadi korang boleh tengok sendiri gelagat dan cara hidup haiwan-haiwan ini dengan lebih dekat.
New Furano Prince Hotel – Furano Snow Land
Furano Snow Land adalah tempat paling ideal untuk korang rasai pengalaman musim sejuk yang sebenar di Jepun. Bukan sekadar main baling-baling salji je, dekat sini ada macam-macam aktiviti permainan mesra keluarga yang confirm korang akan enjoy!
Antara aktiviti yang paling best adalah Snowmobiling, snow rafting dan sledding! Bayangkan diri korang tengah meluncur laju atas salji putih dengan angin sejuk menyapa muka, seronok!
Tak kira korang jenis suka cabaran atau nak cuba permainan santai je, dekat sini lengkap dengan aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Otaru Triangle Market – Port makanan laut fresh, kedai diiktiraf halal
Mesti ramai yang risau tentang makanan halal ketika melancong kan? Haa.. Jangan pening, sebab kalau di Hokkaido terutama sekali daerah Otaru, korang boleh singgah ke Otaru Triangle Market.
Terletak berhampiran dengan Stesen Otaru, pasar ni penuh dengan pilihan makanan laut premium macam ketam salji (snow crab), salmon, kepah, uni (landak laut) dan macam-macam lagi, semuanya dijamin segar!
Paling best, beberapa kedai di sini mempunyai sijil halal. Jadi, pelancong Muslim boleh makan tanpa rasa was-was!
Toyohira River – Snow rafting dengan pemandangan indah
Snow rafting di Toyohira River bakal menjadi 120 minit yang paling menakjubkan dalam hidup korang! Percaya cakap admin sebab pemandangan sepanjang perjalanan ini adalah sangat-sangat indah, sungai yang tenang dengan kawasan sekeliling yang diliputi salji, perfect!
Aktiviti ni boleh dilakukan sekitar tujuh orang untuk satu raft (bot PVC) bersama seorang instruktur. Korang juga akan diberi peluang untuk berhenti seketika, menikmati secawan teh panas dan bakar marshmallow sambil menghayati keindahan alam sekeliling. Bayangkan sejuk-sejuk dapat teh panas dan makan marshmallow, fuhh memang layan!
Snow rafting di Toyohira River gerenti akan buat pengalaman korang lebih epik dan unforgettable! Mesti masukkan dalam itinerary tau!
Ice Fishing di Tasik Kanyama
Tasik beku Kanyama adalah port rare untuk kaki pancing dan pengembara musim sejuk! Di sini korang akan dapat merasakan pengalaman unik memancing ikan walleye.
Tak tahu macam mana nak memancing di tasik beku? Jangan risau sebab ada pakej yang disediakan buat pelancong, melalui pakej ni korang bakal diberikan rod pancing, umpan serta bimbingan daripada instruktur yang juga akan bantu korang untuk tebuk lubang atas ais.
Lepas dah penat-penat memancing, korang boleh terus masak dan nikmati ikan walleye dekat situ juga! Makan ikan goreng panas dalam cuaca sejuk, best gila!
Mitsui Outlet Park – Shopping dengan harga yang jauh lebih murah di sini!
Kaki shopping memang wajib singgah Mitsui Outlet Park di Saporro, syurga barangan branded dengan harga berbaloi! Di sini terdapat lebih 180 kedai jenama-jenama terkenal termasuk Nike, Adidas, Crocs, Gap dan banyak lagi!
Psst.. Tips untuk para wanita yang nak borong skincare dan makeup popular Jepun, korang kena singgah farmasi di sini kerana hampir kesemua jenama barangan kecantikan mereka ditawarkan dengan harga lebih rendah berbanding farmasi lain di luar. Bolehlah, korang borong dan jadikan souvenir buat yang tersayang!
Terbang ke Hokkaido dengan AirAsiaX
Impian nak bercuti ke negara bersalji sekarang makin mudah dengan penerbangan terus dari KLIA2 ke Chitose, Hokkaido. Tak perlu dah korang nak tempuhi perjalanan lama dengan transit.
Penerbangan ke Hokkaido dijadualkan sebanyak 4 kali seminggu, yakni pada Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad. Sementara penerbangan pulang pula adalah pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu.
Untuk maklumat lanjut dan sebarang promosi terkini AirAsiaX korang boleh follow laman Instagram mereka di SINI.
Jangan lupa juga untuk lawati laman web rasmi rasmi pelancongan Hokkaido di SINI.