Sebenarnya kami pun ada pasang angan-angan nak melancong ke Lombok apabila melihat kejernihan dan kebiruan air lautnya.
Namun, disebabkan tak berapa nak ada bajet, kami rasa baik jejakkan kaki di ‘mutiara tersembunyi’ negara sendiri dulu kan.
Well, dekat mana tu?
Pantai yang membiru..
Bila laut dah biru terlebih lawa macamni, korang boleh expect bahawa pengalaman diving atau snorkeling korang pasti memgujakan…
Kemudahan yang lengkap untuk keluarga!
Bukan Lombok, Tapi Hanya Di Perhentian Island Resort!
Percaya atau tidak, korang boleh nikmati percutian seindah ini hanya di Pulau Perhentian. Banyak cara untuk korang ke Pulau Perhentian ni sebenarnya.
Kalau naik flight, lebih baik korang turun di Lapangan Terbang Kota Bharu dan naik teksi ke Jeti Kuala Besut. Manakala, kalau suka roadtrip, ia mungkin memakan masa sehingga 9 jam. Sambil-sambil tu boleh singgah mana-mana lokasi lain pula kan. Then, kalau naik bas pula, korang beli tiket ke perhentian Kuala Besut, dah dekat dah dengan jeti. Tapi, kat mana lokasi paling best untuk bercuti di Pulau Perhentian?
Nah, cuba klik di Perhentian Island Resort. Rasanya memang dah serba lengkap untuk percutian yang menakjubkan. Harga yang ditawarkan pun berpatutan. So, jom cuti-cuti Malaysia.