Para pemenang Mencari MAE-llionaire Maybank meraikan kemenangan RM1 juta mereka bersama insan tersayang di Menara Maybank.
Turut hadir ialah Syed Ahmad Taufik Albar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti, Maybank (tengah kiri) dan Datuk Hamirullah Boorhan, Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Malaysia,Maybank (tengah kanan).
Bayangkan tengah sibuk uruskan kerja harian, tiba-tiba dapat panggilan yang mengubah hidup dalam sekelip mata. Itulah yang berlaku kepada dua pelanggan bertuah Maybank yang masing-masing menang RM1 juta menerusi kempen Mencari MAE-llionaire!
Fuhhh, siapa je tak terkejut kan?
Bapa 3 anak menang RM1 juta, rezeki yang tak disangka
Muhammad Nur Amin, 37, tak pernah terfikir yang rutin hariannya menggunakan aplikasi MAE boleh membawa tuah luar biasa. Bila dapat panggilan daripada Maybank, dia dan isteri terus mengalir air mata kegembiraan.
“Saya hampir tak percaya rezeki luar biasa ni. Saya guna MAE setiap hari untuk urusan peribadi dan bisnes, tapi tak pernah terfikir boleh menang RM1 juta hanya dengan transaksi biasa” katanya.
Amin, yang sudah menjadi pelanggan Maybank selama 17 tahun, pernah bekerja sebagai pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia sebelum berhenti ketika pandemik untuk lebih dekat dengan keluarganya di Ipoh. Dia kini menjalankan perniagaan mengedar barangan kebersihan rumah, tapi cabaran kewangan membuatkan dia agak struggle dengan bayaran bulanan dan hutang pembekal.
Dengan kemenangan ini, Amin memasang niat untuk mengembangkan bisnes ke tahap yang lebih tinggi. Dan jangan risau, Maybank akan bantu dengan nasihat kewangan melalui pengurus hubungan mereka.
Impian menjadi realiti untuk bapa kepada anak autisme
Mohd Faizul, 50, juga antara pelanggan bertuah yang memenangi RM1 juta. Sebagai satu-satunya pencari nafkah dalam keluarga dengan tujuh tanggungan, kemenangan ini betul-betul mengubah hidupnya.
“Macam mimpi jadi realiti. Saya selalu pastikan kewangan diurus dengan baik, dan kemenangan ini bagi saya peluang untuk jamin masa depan keluarga. Saya guna MAE untuk semua urusan perbankan dan selalu rekomen kat kawan-kawan sebab senang guna,” katanya.
Paling menyentuh hati, sebahagian duit kemenangan ini akan digunakan untuk membiayai terapi pertuturan anaknya yang berusia lapan tahun dan masih belum boleh bercakap. Katanya, terapi ni sangat penting tapi memerlukan kos yang tinggi. Alhamdulillah, rezeki datang tepat pada masanya.
Faizul yang sudah lebih 20 tahun menjadi pelanggan Maybank, bermula dengan akaun gaji sewaktu kerja pertama dahulu. Sejak itu, dia sudah menggunakan pelbagai perkhidmatan Maybank termasuk pinjaman rumah, kad kredit dan akaun simpanan.
“Maybank dah banyak bantu saya dalam perjalanan kewangan, dan kemenangan ini buktikan mereka hargai pelanggan setia mereka,” tambahnya.
Nak jadi MAE-llionaire seterusnya? Ini caranya..
Kalau korang pun nak cuba nasib jadi jutawan macam Amin dan Faizul, kami ada berita baik.
Kempen Mencari MAE-llionaire masih berlangsung hingga 28 Februari 2025 dan masih ada 1 lagi tempat untuk jutawan terakhir!
Nak sertai? Senang je. Lakukan transaksi sekurang-kurangnya RM30 dalam aplikasi MAE dan penyertaan korang akan direkodkan secara automatik untuk cabutan bertuah.
Antara transaksi yang layak termasuk:
- Pembukaan dan pengaktifan akaun MAE Wallet
- Pembayaran bil dan FPX*
- Transaksi Scan & Pay (DuitNowQR)*
- Tambah nilai Prabayar dan permainan*
- Contactless Cash Withdrawal melalui aplikasi MAE di mana-mana ATM Maybank
- Pemindahan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Tabung Haji*, dan banyak lagi
Jadi, tunggu apa lagi? Siapa tahu rezeki tahun ni berpihak kepada korang pula! Untuk maklumat lanjut, boleh layari maybank.my/maellionaire dan www.maybank2u.com.my.