Kalau difikirkan, satu jam atau 60 minit nampak macam satu jangka masa yang pendek dan akan berlalu dengan sangat cepat. Tapi, korang tahu tak, sebenarnya macam-macam perkara yang kita boleh capai dalam waktu sesingkat ini. Kalau tak percaya, meh baca ni dulu!
1. Meneliti beberapa jenis berita dan cerita
Perasan tak, kadang-kadang bila kita duduk-duduk saja dan scroll media sosial, tiba-tiba tengok jam, eh dah sejam berlalu rupanya. Haa..dari tak buat apa, dalam masa 60 minit ni sebenarnya korang boleh manfaatkan dengan membaca sehingga 20 berita penting dari dalam dan luar negara. Masa tak terbuang, ilmu pun bertambah!
2. Boleh masak 3 jenis lauk
Yang ini, mak-mak kita memang handal lah! Tung tang tung tang satu jam kat dapur, tiba-tiba dah siap 3 jenis lauk. Siap dengan sambal belacan dan ulam tu!
3. Habis menonton sebuah dokumentari atau movie pendek
Orang sekarang kata, netflix and chill gitu. Admin suka sangat tengok filem-filem berkonsepkan dokumentari ni. Memang menarik. Ala..selalunya satu dokumentari ni berdurasi 40 hingga 60 minit. Dari korang tidur, baiklah isi masa tengok dokumentari.
4. Meneliti seminggu punya FB feed!
Kadang-kadang sibuk sangat sampai nak buat Facebook pun tak sempat. Sekali bila bukak, hah..macam-macam benda yang kawan korang update. Korang tahu tak, sebenarnya korang boleh habiskan membaca seminggu punya Facebook feed dalam masa 60 minit je tau!
5. Boleh bakar beribu kalori!
Nak bakar kalori kenalah rajin lakukan senaman kan. Haa..jangan tak tahu, sekiranya korang melakukan full body workout dan bermeditasi seperti yoga selama setengah jam, beribu-ribu kalori dalam badan korang akan terbakar. Wow!
6. Sehelai baju kurung, siap dijahit!
Siapa sini pandai jahit baju? Sebenarnya, kalau korang betul-betul fokus tanpa buat kerja lain, korang boleh siap jahit sehelai baju kurung dalam masa satu jam sahaja.
7. Belajar bahasa asing
Siapa kata nak belajar bahasa asing boleh ambil masa sehingga berbulan-bulan lamanya? Jangan tak tahu, kalau korang belajar 20 perkataan baru dan 10 frasa dalam bahasa asing selama satu jam setiap hari, korang dah boleh kuasai bahasa tersebut dalam masa sebulan je tau!
8. Drive ke Seremban, lunch lauk salai dengan kawan-kawan
Semua orang tahu Seremban atau Negeri Sembilan terkenal dengan juadah salai. Weekend ni, apa kata ajak kawan-kawan ke Seremban untuk makan lauk salai seperti itik, daging, landak, rusa dan sebagainya. Perjalanan ke Seremban mengambil masa hanya satu jam dari Kuala Lumpur!
9. Boleh cipta website sendiri!
Sekarang kan semuanya di hujung jari je. Bukan susah pun nak buat website sendiri. Kalau korang taknak upah orang, korang tengok je tutorial di YouTube dan dalam masa satu jam, voila, siaplah website korang!
10. Sampai ke puncak Batu Caves!
Tengok dari bawah macam tinggi betul tangga untuk menuju ke pintu masuk Kuil Sri Subramaniar Swamy ni kan? Haa..jangan tak percaya, korang sebenarnya boleh sampai ke puncak dengan menaiki 272 anak tangga dalam masa 60 minit sahaja! Gayatnya..
Ada lagi yang korang boleh buat dalam masa 1 jam iaitu menyertai peraduan Seratus Sejam dan menang RM100! Setiap jam, setiap hari!
Korang mesti pernah dengar jenama-jenama terkenal dunia macam Pepsi, Tropicana, Calpis, Mountain Dew, 7Up, Revive Isotonic, Lipton dan macam-macam lagi kan?
Bermula dari 15 Oktober hingga 15 Disember, sekarang korang boleh sertai Peraduan Seratus Sejam di mana korang boleh menangi RM100 setiap jam selama 62 hari! Nak sertai hanya ikut cara-cara ini:
- Beli 1 atau lebih minuman botol jenama yang turut serta dalam satu resit dari mana-mana kedai yang turut serta
- WhatsApp ke 012-2318300: ETIKA (jarak) no. resit 5 digit terakhir (jarak) tarikh resit HHBBTT (jarak) no. KP 12 digit (jarak) nama.
Contoh: ETIKA 23699 251019 901020145566 Alia Salleh - Simpan resit asal sebagai bukti pembelian
Senang je kan? Apa lagi, jom sertai Peraduan Seratus Sejam!
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.etikaholdings.com/campaigns/seratus-sejam