Nampaknya karier Yuna masih lagi berada di kemuncaknya meskipun pelbagai kontroversi melanda penyanyi berhijab ini ( terutamanya bab-bab pakaiannya lah). Huhu.
Mana taknya, Yuna yang kini masih giat mengembangkan kariernya di Amerika Syarikat itu telah pun diumumkan sebagai 5 calon awal dalam 2014 #MTV EMA.
Wah! Pesaing Yuna dalam kategori Best Southeast Asia Act pun bukan calang-calang ya! Untuk makluman anda semua NOAH (Indonesia), Sarah Geronimo (Philippines), Stefanie Sun (Singapore) dan Slot Machine (Thailand) turut tercalon dalam kategori yang sama.
Mesti anda semua dah teruja nak tahu sama ada Yuna berjaya atau tidak untuk menggondol anugerah tersebut kan? Kalau macam tu, silalah cop awal-awal tarikh 10 November depan kerana ia bakal disiarkan terus ke Malaysia dari The Hydro, Glasgow. Waktu siarannnya pula akan di umumkan kelak.
Eh.. sebelum tu, apakata kita tweet #NominateJoeFlizzow untuk membolehkan penyanyi rap itu turut tercalon dalam kategori yang sama menerusi ‘wild card’.
Undian secara ‘Wild card’ ini akan dibuka sehingga 15 September depan pada jam 5.59am SGT tau dan keputusannya akan diumumkan pada 16 September pada jam 6.00am SGT. So, apa lagi? Jomlah tweet #NominateJoeFlizzow ramai-ramai!