berita

Xiaomi 11T Series Dengan Cinemagic, Hypercharge, Dolby Atmos- Sesuai Untuk Yang Suka Buat Video!

September 23rd, 2021 | by Azyan
Kini Trending

Peneraju teknologi global, Xiaomi baru je mengumumkan keluaran terbaru untuk edisi premium mereka iaitu Xiaomi 11T Series! Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T  direka untuk memberi inspirasi dan mencetuskan kreativiti kepada pengguna smartphone! Revolusi ‘Cinemagic’ videografi dan fotografi yang lebih advance ni memudahkan proses pembikinan filem atau video korang tau!

Tak payah dah nak bawak barang berat-berat, bawak Xiaomi 11T Series je dah settle semua masalah. Semua teknologi untuk pembikinan filem yang korang perlukan ada dalam sebuah smartphone ni!

Jom tengok apa yang membuatkan Xiaomi 11T Series ni power!

108MP wide angle, 2x telemakro, 8k recording dan macam-macam lagi!

Dengan pro-grade 108MP wide angle, 2x telemacro dan 120° ultra wide angle lens ni, macam-macam korang boleh buat. Tak payah nak susah-susah tukar-tukar lens. Hanya satu sentuh dah boleh ambik gambar atau video.

Bukan tu je, ada juga fungsi AI Cinema mode, 8K recording dan HDR10+! Yang tahu tu tahu lah, tapi kalau tak tahu, semua teknologi ni sama dengan teknologi smart ISO dalam kamera digital tu!

Paling best, selfie pun ada night mode AI teknologi juga. Lebih mudah nak buat Vlog lepas ni. Kadar sentuhannya juga tinggi, sehingga 480Hz!

Macam admin cakap tadi, smartphone ni dah macam kamera digital! Senang bila-bila korang nampak benda best, korang keluarkan je handphone dan terus boleh shoot!

Ia juga dilengkapi dengan ultra-fast 120W Xiaomi “HyperCharge”!

Smartphone cinematic Xiaomi 11T Pro ni merupakan smartphone dengan 120W Xiaomi HyperCharge teknologi pertama yang di lancarkan secara global! Dengan teknologi ni, phone korang boleh dicas penuh (100%) dalam 17 minit* je berikan lebih masa untuk para pencipta content atau film makers untuk tingkatkan kreativiti dan kurangkan masalah-masalah yang boleh melambatkan pembikinan content korang tu.

Teknologi pengecas yang lebih advanced 120W ini dijamin selamat dengan pengiktirafan TÜV Rheinland Safe Fast-Charge System. Malahan dia juga dilengkapi dengan kuasa Snapdragon 888, RAM LPDDR5 sehingga 12GB dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB!

Cinemagic ni bukan untuk kerja je, untuk hiburan pun boleh!

Kehebatan Xiaomi 11T Series ni tidak terhenti disitu! Skrin Xiaomi 11T Pro ni adalah jenis AMOLED, berukuran 6.67-inci HD penuh!

Tiga kamera belakang merupakan pelengkap kepada gerakan Cinematic ini. Kamera utama 108MP F1.75 berkeupayaan rakaman video 8K. Dilengkapkan dengan kamera kedua iaitu adalah kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera ketiga merupakan kamera telemakro 5MP F2.4 dengan autofokus 3-7cm dari subjek.

Gandingan Cinematic dengan sistem bunyi stereo dwi speaker ni pula dikuasakan oleh Harman Kardon dan teknologi audio Dolby Atmos®! Memang cun la nak tengok movie lepas ni! Layan habis smartphone ni!

Tak sabar nak buat filem guna smartphone? Korang boleh Pre-Order sekarang! Boleh dapat goodies premium berharga RM688!

Korang dah boleh mula pre-order Xiaomi 11T Series ni dari 23 hingga 29 September 2021! Tarikh penjualan rasminya adalah pada 2 Oktober 2021. Harganya adalah seperti berikut:

  • Xiaomi 11T Pro (8+256GB): RM 2,099
  • Xiaomi 11T Pro (12+256GB): RM 2,299

Didatangkan dengam 3 warna menarik iaitu Meteorite Gray, Moonlight White dan juga Celestial Blue!

Korang juga berpeluang untuk mendapatkan goodies premium percuma bernilai *RM688 kalau korang pre-order tau! Bestnyaa dah la phone best, dapat lagi goodies best! Antara item yang korang boleh dapat ialah:

  1.  1 X Mi Watch Lite
  2.  Mi True Wireless Earphones 2 Basic
  3.  1+1 Year Warranty
  4.  Screen repair dalam tempoh 6 bulan
*Tertakluk kepada terma dan syarat

Bukan tu je, korang juga berpeluang untuk memenangi Mi TV P1!

Beli mana-mana item Xiaomi 11T Series ketika tempoh penjualan yang pertama iaitu 2-4 Oktober untuk layak mendapatkan 1 penyertaan cabutan bertuah untuk berpeluang memenangi Mi TV P1 bersize  43” berharga RM1,799!

Korang boleh pre-order sekarang hingga 29 September di Xiaomi Official Store di Lazada atau Shopee! Nak ke Authorised Xiami Store seluruh Malaysia bermula dari 2 Oktober pun boleh!

Korang boleh klik mana-mana link yang korang nak di bawah untuk pre-order!

Authorised Store Xiaomi: Klik SINI

Lazada: [Klik  SINI]

Shopee: [Klik SINI]

SKIP THIS AD ×