Pengarah dan pelakon, Ellie Suriaty sah bercerai dengan suaminya, Azri Iskandar, hari ini. Menurut Ellie, perpisahan tersebut merupakan keputusan yang sukar namun terpaksa dilakukan kerana mereka sudah tiada lagi persefahaman.
Artikel berkaitan: Sah Cerai Dengan Azri Iskandar, Ellie Suriaty Akui Satu Keputusan Sukar – ‘Terima Kasih Untuk Kenangan Manis’
Terbaru, Azri Iskandar mengesahkan sudah menceraikan isterinya selepas 19 tahun hidup bersama.
Cerai talak 1
Ya betul, saya dah ceraikan Ellie dengan talak 1 tadi. Kami dah tak sehaluan. Tapi tidak bergaduh pun. Kami tetap bersahabat baik seperti saudara kerana Ellie ialah ibu kepada dua orang cahaya mata kami.
Menurut Azri Iskandar, dia enggan mengeruhkan lagi keadaan dan memohon doa daripada semua agar kehidupan mereka selepas ini diberikan ketenangan.
Maafkan saya. Sekarang ni saya tak nak komen lagi. Tiada apa yang nak dikatakan lagi cuma doakan kami tenang dan damai sekarang. Harap maklum dan mengerti. Saya nak berehat. Nanti sampai waktu yang sesuai saya akan bercerita.
Pasangan tersebut sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Sumber: Astro Gempak