Usahawan terkenal Joy Revfa mendedahkan sudah selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya iaitu Dr Adrian Yeah sebelum bulan Ramadan. Tahniah!
Artikel Berkaitan: Dihentam Hebat Di Instagram, Keikhlasan Umrah Dipersoal, Ini Respon Joy Revfa
Suami seorang mualaf
Menurut Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 37, majlis perkahwinannya sepatutnya berlangsung pada bulan Jun nanti. Disebabkan kasihan terhadap suami yang akan berpuasa seorang nanti, mereka mengambil keputusan untuk bernikah terlebih dahulu.
Syukur Alhamdulilah dengan sekali lafaz, joy dan suami ( Dr. Adrian Yeah ) telah selamat diijabkabulkan secara biasa saja sebelum Ramadan lagi. Patut majlis wedding kami pada bulan june 2024 tapi kami rasa macam lama sangat nak tunggu, jadi kami nikah je la dulu kemudian baru bersanding.
Kesian pada suami sorang-sorang bulan Ramadan tahun ni sebab dia Cina Mualaf. Bila dah halal ni senang sikit sahur, berbuka puasa, solat dan belajar agama sama-sama. Joy upload ni sebab tak nak timbul fitnah bila ada yang nmpk Joy dan suami tinggal bersama dan kehulu-kehilir sama-sama kan.
Selain membuat pengumuman sudah berkahwin, Joy juga meminta maaf kepada sahabat dan keluarga yang tidak setuju mengenai hubungan mereka.
Joy tahu mereka tak setuju sebab mereka risau dan sayangkan Joy takut ternikah dengan lelaki yang salah lagi. Insyallah, Joy yakin dia sememang lelaki yang ditakdirkan untuk Joy. Joy minta semua restu kan lah kami berdua.
Ya memang Joy akui, suami baru ni tak ada harta dan orang biasa je. Dia masuk rumah Joy, semua perabot dan kelengkapan sudah tersedia, syukur tak payah dah dia beli dan dalam business pun Joy ajak dia sama-sama usahakan sampai berjaya.
Joy suka sebab hati dia baik, rajin & sebagai seorang doktor dia sangat ikhlas membantu orang yang sakit, dia juga lelaki yang tidak kedekut dan tak ambil kesempatan pada Joy.
Bercerita lebih lanjut, Joy mengakui bahawa suaminya pernah mempunyai rekod yang tidak baik. Ini kerana, didakwa suka mempermainkan hati perempuan dan panas baran.
Tapi lepas memeluk agama Islam dan menjadi seorang suami, dia benar-benar dah berubah. Betapa mahalnya hidayah Allah SWT hanya untuk orang terpilih seperti dia.
Kepada wanita yang pernah mengenali dia, mohon maafkan lah dia. Doakan lah perangai dia boleh berubah jadi lebih baik sampai bila-bila & Joy juga yakin dia mampu menjadi imam terbaik untuk Joy hingga ke akhir hayat.
Bagi Joy, dia adalah lelaki yang terbaik sebagai seorang suami walaupun dia tak mampu bagi kemewahan apa-apa pada Joy, yang penting dia setia dan tak keluar dengan perempuan lain. Dia juga sangat sayangkan anak Joy, amat menghormati ibu dan keluarga dia pun MasyAllah baik sangat terhadap Joy.
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Joy mohon doa dari kawan-kawan semua yang membaca ini supaya rumah tangga kami berdua kekal sampai ke syurga Allah.
Sumber: Joy Revfa