Datuk Red tampil mengulas dakwaan pihak yang mendakwa menjadi mangsa penipuannya dalam urusan jual beli tanah sebelum ini.
Artikel Berkaitan: Datuk Red Dedah Sudah Muflis Sejak 2019, Tanggung Hutang RM5 Juta – ‘Isteri Banyak Tutup Aib Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ini Bukan Drama Ini Adalah Jalan Terakhir, Selepas Itu Kalau Allah Nak Ambil Saya..Ambillah’ – Datuk Red
Sebab orang dah kecam pun
Ya! saya mengaku sebagai ‘scammer’ tapi ‘scammer’ yang baik jika itu jawapan yang boleh memuaskan hati netizen dan pihak terbabit.
Menerusi laporan Harian Metro, Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adenan Abu, berkata, dia juga berharap pengakuannya sebagai ‘scammer’ itu dapat memuaskan hati semua pihak termasuk pengikutnya di media sosial.
Sebab orang memang dah kecam pun, saya nafikan pun orang cakap juga, ini ‘scammer’ akhir zaman lah, jadi saya mengaku sajalah.
Tambah Datuk Red, dia sedang berusaha untuk melunaskan hutangnya dan bebas dari dakwaan ‘scammer’ itu.
Kalau mengaku pun menjadi satu kesalahan, saya nak buat macam mana? Tapi mana ”scammer’ yang mengaku penipuannya itu? Sebab itu saya cakap, saya ‘scammer’ yang baik.
Sebab saya tak cakap pun tapi orang yang cakap, bila orang cakap saya mengiyakan sajalah. Sebab selagi saya tak mengaku selagi itulah orang bercakap.
Saya tak suka nak bangkang semua ni sebab banyak lagi benda yang saya nak fikir dan macam mana saya nak bangkit semula.
Berbicara lebih lanjut, Datuk Red meminta pihak terbabit memberi tempoh untuknya melunaskan hutang berkenaan.
Ada juga pihak yang saya berhutang itu menghantar ‘Direct message’ dan memberi semangat pada saya untuk bangkit semula.
Maklumlah, saya baru enam hari mula bekerja takkanlah saya boleh selesaikan hutang hampir RM7 juta dalam tempoh singkat? Cubalah doa yang baik-baik buat saya.
Terdahulu, Datuk Red meminta pihak yang mendakwa sudah menjadi mangsa penipuannya dalam urusan jual beli tanah sebelum ini agar bersabar dan bertenang kerana dia masih berusaha mencari duit.
Menurutnya, dia perlu masa untuk menyelesaikan semua hutang itu serta mensasarkan ada ‘berita baik’ untuk mangsa terbabit selepas sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
Sumber: Harian Metro