berita

Yakin Anak Akan Sedar Semula, Putera Arab Saudi Gerakkan Jari Setelah 15 Tahun Terlantar Koma

October 23rd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Setelah 15 tahun terlantar koma dan bergantung kepada mesin pernafasan, Putera Al-Waleed Khalid Al-Saud, kini menunjukkan tindak balas yang positif apabila beliau sudah mampu menggerakkan dua jarinya.

Respon Putera Al-Waleed itu sekali gus memberi harapan semula kepada bapanya, Putera Khalid.

Hello

Menurut laporan eg24.news, putera berusia 33 tahun itu bergantung kepada mesin sokongan hayat selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di kota London pada tahun 2005. Beliau yang ketika itu masih remaja disahkan oleh doktor mengalami pendarahan yang serius dalam otak sehingga menyebabkan koma.

Meskipun berat untuk mendengar berita tersebut, Putera Khalid dan isterinya iaitu Puteri Mona Riad El Solh tidak mahu menghentikan mesin pernafasan yang digunakan anak kesayangan mereka. Ini kerana, mereka yakin Putera Al-Waleed akan sedar satu hari nanti.

Menggerakkan jari

Menerusi beberapa buah rakaman video di Twitter, seorang individu dilihat menyapa Putera Al-Waleed Khalid Al-Saud yang terlantar di atas katil dengan meminta beliau menggerakkan jari­nya. Pada masa tersebut, beliau kelihatan menggerakkan jari semakin tinggi.

Kali terakhir beliau dilihat menggerakkan anggota badannya adalah pada tahun 2015. Pada Januari tahun ini pula, kerajaan Arab Saudi pernah mengeluarkan kenyataan yang mengisytiharkan Al-Waleed sudah ‘meninggal dunia’ apabila paru-parunya mengalami pendarahan tidak terkawal.

Sumber: eg24.news

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×