Korang nak tahu tak bukan semua bakteria baik boleh dianggap probiotik tau sebab setiap strain kesannya berlainan. Penemuan Strain Shirota ni didapati sekitar tahun 1930. Ciri-ciri Strain Shirota pula ia berupaya hidup sampai ke usus tau. Fuyoo! Tak sangka kan?
Baru-baru ni team kami dari OHBULAN! ada buat lawatan ke Yakult Factory di Seremban. Yakult ni sebenarnya bukan minuman kultur je tau, banyak lagi produk yang dorang keluarkan cuma belum ada di Malaysia.
Lokasi kilang terletak di Oakland Industrial Park, Negeri Sembilan. Jom kita tour dalam factory ni tengok apa lagi ada!
Ni view Yakult Factory dari luar. Kalau korang nak tahu, bangunan Yakult ni semua seakan-akan sama diseluruh dunia. Kecuali di Austria bangunan mereka nampak classic sikit, tapi cantik sangat! Dan ni adalah kilang Yakult yang ke-23.
Yakult ada di 33 buah negara. Untuk kilang Yakult di Seremban ni melibatkan RM 70 juta oleh ibu pejabat di Jepun dan juga telah mendapat Pengiktirafan Keselamatan Makanan HACCP pada tahun 2006.
Cantik kan kilang Yakult ni! Macam first time team kami masuk, rasa macam ala-ala dekat Jepun hehe. Ni antara produk kosmetik yang dikeluarkan oleh Yakult. Tapi kat Malaysia ni mereka hanya keluarkan minuman kultur je iaitu Yakult Ace & Yakult Ace Light.
Antara faedah kesihatan Yakult ni korang boleh la ketahui dengan layari laman web dorang di www.yakult.com.my!