Tanggal 7 Mac adalah merupakan ulang tahun kelahiran pelakon jelita Nora Danish. Biarpun umur sudah memasuki 40 tahun, pelakon yang terkenal dengan watak Puteri ini kekal awet muda.
For my special lady
View this post on Instagram
Suami tercinta, Nedim Nazri Aziz menitipkan ucapan istimewa sempena hari bermakna ini. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Nedim yang lebih dikenali dengan Boss Ned menyatakan biarpun umur Nora sudah meningkat namun di matanya masih sama seperti kali pertama mereka bertemu.
Katanya lagi, kehadiran pemilik nama Nora Diana Mohd Danish Hanif dalam kehidupannya telah mengubah dia menjadi suami dan bapa yang lebih baik.
Bukan itu sahaja, Boss Ned membuat kejutan dengan memberi satu rakaman video ucapan hari lahir daripada penyanyi kesukaan Nora iaitu Yan Josua.
Maafkan dosa-dosa saya
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, pelakon filem Polis Evo memberitahu ini adalah hadiah paling bermakna yang diterima.
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga bersyukur kerana Boss Ned adalah jodohnya dan dia berdoa agar hubungan cinta mereka kekal hingga syurga.
Terdahulu, Nora berkahwin dengan Boss Ned berkahwin pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neqayl Nedim yang kini berusia tiga tahun.
Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Rizal Ashram Ramli, Putra Rayqal merupakan satu-satunya cahaya mata mereka. Manakala Boss Ned pula mempunyai seorang anak lelaki dengan bekas isteri iaitu Mohamed Nedrin.
Sumber: Instagram @boss_ned