Baru-baru ini, nama suami pelakon Yana Samsudin iaitu Fadzil Zahari terpalit dengan tuduhan ditahan pihak berkuasa kerana disyaki memiliki dadah.
Terbaru, OhBulan! berjaya menemu bual Yana dan bertanya mengenai reaksinya susulan tuduhan tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Yana Samsudin Masuk Hospital, Kaki Kena Jangkitan Kuman Selepas Tersepit Rim Basikal
Artikel Berkaitan: Yana Samsudin Hamil 6 Bulan, Masuk Hospital Beberapa Kali Sebab Alahan Teruk
Ujian ketika menunaikan umrah
Menurut Yana, ketika isu tersebut berlaku, mereka sekeluarga sedang berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah. Tambah Yana, apa yang berlaku pada waktu itu dianggap sebagai ujian. Sebagai individu yang tidak tahu cerita sebenar, Yana pada mulanya terkejut dengan tuduhan tersebut sehingga tertanya-tanya kenapa nama suaminya dipetik dalam kes sedemikian.
Saya anggap tuduhan ini sebagai satu dugaan untuk kami sekeluarga yang sedang menunaikan ibadah umrah pada Disember lalu. Bagi saya, apabila kita sedang melakukan satu kebaikan, Allah beri satu dugaan dan ingin melihat bagaimana kami tangani ujian itu.
Nak dijadikan cerita memang waktu itu kebetulan mata suami saya memang merah sebab alergik dengan cuaca sejuk pada waktu itu.
Yana yang ditemui selepas majlis tayangan perdana filem Sahak Gangster, semalam, turut menceritakan semula detik itu. Jelas Yana, telefon bimbitnya tidak berhenti berbunyi namun mereka tetap fokus dengan ibadah.
Sebenarnya saya sekeluarga dijemput oleh kedutaan Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah dan ziarah beberapa tempat menarik. Ketika kami tiba di Makkah pada jam 3 pagi dan sedang mengerjakan umrah, telefon bimbit kami tak berhenti berbunyi.
Apabila sampai saja di hotel, suami baru sempat baca mesej dan maklumkan sudah ramai pihak membuat spekulasi mengenai dirinya berhubung penangkapan itu. Saya pun terus cakap kepada dia, abaikan saja perkara itu dan tinggalkan (segala hal) di Malaysia. Itu saja ayat yang keluar daripada mulut saya.
Cuma saya terkejut individu yang kena (tahan) itu. Harap beri pengajaran kepada semua orang dan dipermudahkan segala urusan.