Mempunyai kemahiran dan minat yang mendalam terhadap bidang solekan, nama adik Iris Khairi ini telah viral dan dikenali ramai. Mana tidaknya, hasil solekan kanak-kanak yang baru berusia 11 tahun ini seperti jurusolek profesional. Memang power habis!
Namun, bakat yang dimiliki oleh Iris ternyata dipersoalkan oleh segelintir netizen apabila mereka meninggalkan komen yang negatif terhadap minatnya. Menerusi Facebook Iris Khairi, ibu kepada adik comel ini berkongsi kisah minat anaknya serta meluahkan isi hati sebagai seorang ibu.
Macam mana pandai mekap?
Tiba-tiba rasa terbuka hati untuk cerita kisah adik Iris yang sudah menjadi tumpuan ramai. Adik Iris sekarang berusia 11 tahun. Dia dilahirkan di Perlis, namun menetap di Pulau Pinang. Dia merupakan seorang budak kampung daripada keluarga yang biasa-biasa. Senang cakap, cukup makan dan pakai. Alhamdulillah!
Minat untuk mendalami ilmu solekan bermula dari usianya 8 tahun. Namun waktu itu ibunya tidak menggalakkan. Apabila usianya mencecah 10 tahun, dia mula merungut untuk mempunyai barangan kosmetik sendiri. Waktu itulah dia mula pandai pakai barang mekap. Iris mula belajar cara menggunakan mekap melalui Youtube, Instagram dan juga Facebook memandangkan ibunya bukan seorang mekap artis. Sampai saja usianya 11 tahun, dia dah boleh mekap walaupun cara budak-budak.
Ibu letak video dekat sosial media
Nama Iris dikenali ramai apabila ibunya memuat naik video dirinya sedang mekap di media sosial. Perkongsian yang dibuat secara suka-suka ternyata menarik minat golongan kakak-kakak dan mak cik-mak cik. Sejak itulah, dia mula melakukan review terhadap pelbagai produk sehingga ada yang memberi hadiah dan upah (tak kisah berapa) daripada dia mekap main-main saja . Sekarang dia dah jadi viral di media sosial, sudah semestinya ada yang suka dan ada yang tidak suka.
Kakak main macam-macam adik!
Segelintir netizen mempersoalkan tentang rutin harian Iris adakah sama seperti kanak-kanak lain. Menurutnya, dia masih bermain basikal, masak-masak dengan kawan-kawan, sama seperti budak lain. Cuma buat masa sekarang, masa untuk bermain tiada kerana pagi hingga malam dia akan sibukkan diri ke sekolah, kafa, tuisyen dan kelas mengaji termasuk juga buat homework pada waktu malam. Memang masa untuk bermain tiada.
Mesti ibu yang galakkan
Terlalu minat mekap sampai tahap masuk bilik kunci pintu, mekap secara diam-diam tanpa pengetahuan ibu sehinggalah dimarahi dengan abahnya merupakan kenangan yang pernah berlaku. Tiap-tiap kali mekap pasti kena marah dengan abah sehinggalah pada suatu hari, abah rampas semua barang makeup yang dia simpan supaya tumpu perhatian terhadap pelajaran.
Pernah juga dia mengadu stress seperti tidak tahu nak bermain apa kerana tidak dibenarkan main di luar. Maklumlah berita zaman sekarang macam-macam kes berlaku. Dari dia merayau dekat luar, lebih baik dia main mekap dalam rumah, sebab depan mata. Main telefon pun ada had juga. Ibunya telah meletakkan beberapa syarat buat dirinya iaitu, homework kena siap, solat jangan tinggal, dengar nasihat ibu abah, lepas mekap terus cuci muka bersih2 (double cleansing), tolong ibu buat kerja rumah dahulu, izin makeup hari minggu atau hari cuti sahaja.
Luahan ibu Iris
Terima kasih buat yang sudi support adik Iris dan tak jemu-jemu mendoakannya. Terima kasih untuk nasihat, Insyallah semoga semuanya baik-baik saja. Terima kasih untuk kawan-kawan yang tidak henti hantar mesej bagi semangat untuk saya kuat dan jangan down. Nasib baik la budak Iris tidak minat sangat dengan Facebook. Kadang-kadang tengok saja, itupun ibu yang tunjuk. Ibu cerita dekat dia apa yang orang cakap pasal dia, tu pun yang baik-baik sahaja.
Sebelum live ibu yang uruskan semua. Tak apa kakak, ibu doakan kakak berjaya dunia dan akhirat. Tak kisah orang nak cakap apa. Yang baik kita bersyukur dan yang kecam kita jadikan nasihat dan kuatkan semangat. Move on okay!
Bersyukur ada anak mcm kakak iris, bila ibu demam, kakak la yang jaga ibu dan adik-adik sampai sanggup nak minta cuti tak nak pergi sekolah sebab nak jaga ibu dekat rumah. Padahal kakak lah yang paling teruk kena marah dengan ibu abah walau pun kakak tak salah.
Sumber: Iris Khairi