Siapa tidak kenal ibu muda, Datin Eina Azman yang sememangya rajin turun ke dapur. Video masakannya sering mendapat perhatian netizen yang terkenal dengan ‘its done..’ sehingga Eina sendiri menggunakan ‘hashtag’ #itsdonebyeinaazman di setiap video resipi yang dikongsi di Instagram miliknya.
Terbaru, resepi Asam Laksa menjadi bualan orang ramai yang rata-ratanya mempersoalkan cara masakan itu. Tak kurang juga yang mengkritik masakan Eina Azman yang tak rebus ikan terlebih dahulu. Ini respon dari Eina Azman.
Masak asam laksa
https://www.instagram.com/p/BzPqTtej8d2/
Menerusi Instagram Datin Eina Azman kali ini, dia berkongsi resepi masak Asam Laksa yang mudah. Namun yang menjadi persoalan netizen adalah ikan yang masih tidak direbus dan dikisar sekali dengan tulang.
Ini penjelasan dan respon dari pelakon ini sendiri.
Ramai persoalkan
Penjelasan Eina Azman
Rebus takpe, tak rebus pun takpe. Kita tetap akan masak juga. Tiada isu pun.
Menurut Eina Azman dia nak cepat sebab itulah tak rebus. Namun kedua-dua cara tiada masalah dan tidak memberi kesan kepada masakan itu.
Buang tulang tengah
Blend sampai hancur, dia takkan rasa kesat-kesat apa apa pun. Janji kita blend sampai hancur. Takkan ada isu.
Dah nama pun cara saya
Ini adalah cara masakan, mana yang nak ikut. Ikut. Jangan judge cara masakan orang. Yang penting dapur berasap.
Sumber : Eina Azman