berita

‘Yang Pukul Isteri & Mentua Itu Orang Lain, Bukan Saya’ – Issey Fazlisham

September 17th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, viral di media sosial apabila seorang lelaki tergamak memukul bekas isteri dan bapa mertuanya sehingga cedera di tempat awam. Ekoran daripada kejadian tersebut, pelawak terkenal iaitu Issey Fazlisham, terpaksa berhadapan dengan cemuhan netizen gara-gara rupanya seiras dengan lelaki berkenaan.

Menerusi Instagram Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, dia langsung tidak mengenali lelaki tersebut dan tidak ada kena mengena dengan isu rumah tangga yang dihadapi pasangan itu.

Jangan maki aku

https://www.instagram.com/p/B2b_lSWgsGW/

Menurut Issey, netizen bukan sahaja samakan dirinya dengan lelaki tersebut malah, mengeluarkan kata-kata kasar dan mengajak orang ramai supaya menghalaunya keluar dari negara ini. Tambahnya, dia sudah menjelaskan bahawa gambar tersebut bukan dirinya.

Yang pukul isteri dan mentua itu orang lain. Bukan saya. Jangan maki saya. Siap nak halau saya keluar dari Malaysia. Kadang-kadang, orang kita malas membaca. Mereka baca tajuk dan lihat gambar, kemudian buat andaian sendiri. Dari situlah muncul berita yang tidak betul.

Bini siapa kau tumbuk

Rata-rata rakan artis sempat meninggalkan komen lucu untuk mengurangkan tekanan Issey. Antara komen yang ditinggalkan ialah ‘ bini siapa kau tumbuk, sedangkan kau belum ada bini’. Melalui dua posting yang dimuat naik, sebanyak 34k tanda suka dan 1k komen diterima oleh pelawak tersebut.

Sumber: Issey Fazlisham

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×