berita

Yang Tukang Bakar, Sila Bakar Diri Sendiri – Pesanan ‘Pedas’ Pak Nil Kepada Si Batu Api

April 7th, 2017 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

ohbulan_najipali

Walaupun sudah memohon maaf, isu kontroversi Najib Ali masih hangat diperkatakan netizen. Ramai yang bersimpati dengan nasib yang melanda Najib Ali termasuklah rakan artis, Afdlin Shauki. Namun, lain pula pandangan yang diberikan Presiden Seniman Zed Zaidi apabila beliau mendesak kerajaan ‘banned’ Najib Ali.

Sumber berkaitan : [Video] Hatimu Hitam Zed – Desak Kerajaan ‘Banned’ Najip Ali, Zed Zaidi Dianggap Cari Publisiti Murahan

Dilantik menggantikan peranan juri tetap Maharaja Lawak Mega, Pak Nil di laman instagramnya memberikan kata-kata semangat kepada Najip agar terus ‘cool’. Pak Nil juga ada tinggalkan pesanan pedas kepada si batu api. Siapa pula batu api ni? Hmm.

Paknil harap kita semua ‘move on’ dari isu pengguguran Najip

Screen Shot 2017-04-07 at 10.18.36 PM

Salam semua,
Malam ini bermula perjalanan #Paknil sebagai juri di Maharaja Lawak Mega. Tawaran diberi 2 hari lepas ketika Paknil berada di London atas urusan kerja. Paknil baru sahaja menjejakkan kaki di KLIA dan harus bergegas ke Shah Alam untuk siaran Langsung MLM.
Sebagai seorang yang profesional, Paknil menerima tawaran itu untuk memastikan MLM berjalan lancar. Paknil tahu tugas Paknil adalah untuk menggantikan Najip Ali, yg juga sahabat Paknil dari Singapura.
Tiada isu kualiti penjurian, sebab Paknil akan lakukan mengikut kayu ukur yang berbeza.
Paknil harap kita semua ‘move on’ dari isu pengguguran Najip. Sebagai sahabat, anggaplah Paknil menggantikan keceriaan Najip.
Lagi pun Paknil sendiri mempunyai peminat yang ramai di Singapura dan diharap kehadiran Paknil menjadi ubat luka warga di sana.
Anggaplah kehadiran Paknil sebagai penambat kasih sayang hubungan dua rumpun yang kini diuji.
Saya yakin peminat bijak untuk tidak membandingkan saya dengan Najip sebab kami mempunyai kualiti yang tersendiri dan berbeza.
Ayuh lupakan episod yang telah berlaku dan kita raikan permulaan baru pada apa yang berlaku.
Doakan Paknil.

Yang tukang bakar, sila bakar diri sendiri

Screen Shot 2017-04-07 at 10.16.49 PM

To Najip Ali, stay cool as you have always been. Yg tukang bakar, sila bakar diri sendiri

sumber : Aznil Hj Nawawi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×