Pelakon Alif Hadi memberitahu dia masih berkawan baik dengan aktres Yasmin Hani meskipun hubungan cinta yang terjalin antara mereka sudah terlerai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alif Hadi Pegang Status Duda, Rupanya Pernah Berumah Tangga – ‘Aku Bazir 7 Tahun, Hidup Untuk Orang Lain’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alif Hadi Kembali ‘Single’, Hubungan Cinta 3 Tahun Dengan Yasmin Hani Berakhir – ‘Tak Nak Buang Masa & Perlu Move On’
Tidak bermusuh
Kata Alif, 36, tiada sebab untuk dia bermasam muka dengan Yasmin tambahan lagi masing-masing bekerja dalam industri yang sama.
Rasanya tidak perlu untuk bergaduh sebab awal-awal kami berpisah secara baik, jadi tiada sebab untuk saya bergaduh atau bermusuh dengan Yasmin.
Pada masa sama, saya bukan kenal dia seorang sahaja, tapi tiga orang termasuk anak-anaknya. Lagi dua orang itu (anak-anak Yasmin) tidak buat salah dengan saya.
Jadi tiada sebab untuk saya hendak bermusuh dengan mereka. Saya fikir lebih baik untuk teruskan berkawan sebab mereka pun rindu dekat saya.
Alif berkata demikian ketika ditemui di sidang media usai konsert minggu kedua Famili Duo 4 yang berlangsung di Studio NT7 Glenmarie, Shah Alam pada Ahad.
Berkawan demi anak
Sementara itu, Yasmin yang turut hadir bersama Alif berkata, dua cahaya matanya menjadi faktor mereka masih mengekalkan hubungan baik.
Tutur aktres itu, dia kembali menjernihkan hubungan disebabkan kedua anaknya kerap bertanya mengenai keberadaan Alif, selain mahu berjumpa untuk meluangkan masa.
Kami berkawan balik sebab anak selalu tanya mana Alif. Ketika ini anak selalu bertanya di mana Alif hendak jumpa dan sebagainya. Jadi, kami pun tidak terlalu menghebahkan, malah di khalayak juga tidak bercerita.
Untuk akan datang tidak tahu lagi bagaimana, tapi sekarang ini kami boleh katakan sebab anak yang banyak kali hubungi Alif untuk ajak berjumpa dan berborak.
Selain itu, untuk di masa akan datang Allah sahaja dapat menentukan. Siapa tahu mungkin anak menjadi punca kami bersama semula. Kita hanya mendoakan yang terbaik.
Bukan gimik
Ditanya adakah cerita perpisahan sekadar gimik, Yasmin dan Alif pantas menyangkal dakwaan tersebut.
Yasmin berkata, sejak dahulu dia dan Alif tidak pernah mencipta sesuatu untuk meraih publisiti.
Kalau orang yang kenal saya dan Alif, kami tidak mecipta sesuatu perkara untuk mendapatkan publisiti atau buat gimik.
Kami layan diri sendiri dan buat kerja. Kami putus pun tidak dihebahkan, jadi gimik itu bagaimana sebenarnya?
Semasa bercerai dahulu pun saya diam sahaja. Kami bukan jenis orang yang mahu mendapatkan perhatian atau gimik sebab perkara ini terlalu sensitif buat kami.
Alif pula menegaskan, dia bukanlah individu yang gemar mencipta sensasi demi meraih populariti dan simpati.
Kalau gimik atau untuk meraih simpati mungkin saya akan buat sebelum Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36, tapi kenapa selepas?
Sedangkan masa ABPBH 36 tempoh hari pun saya sudah umumkan sudah putus. Tiada sebab untuk saya buat gimik atau meraih simpati daripada orang ramai. Selama ini pun saya pun bukan jenis orang yang sentiasa mencari publisiti.