berita

‘Yaya Banyak Bantu Saya’ – Teruk Kena Kecam, Lelaki Ini Tampil Jawab Tuduhan Kahwin Dua

January 9th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Pendedahan seorang isteri mengenai kecurangan suami bersama kawan baiknya sendiri mengundang kritikan orang ramai. Namun, kawan baiknya dikenali sebagai Yaya menafikan dakwaan dibuat oleh Hana.

Terbaru, suami yang dikenali sebagai Baa Azhar menjelaskan perkara sebenar. Menurutnya dia mengahwini Yaya atas dasar suka sama suka. Dia turut meminta agar orang ramai tidak lagi mengeruhkan keadaan dengan spekulasi sendiri.

Saya tidak pernah abaikan tanggungjawab

Assalamualaikum.. setelah hampir 3 bulan saya deactivate fb.. hari ni saya terpaksa aktivkan kembali fb disebabkan terlalu banyak pertanyaan kepada diri saya yang bukan bermaksud diam atas sebab dayus cuma tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan berikut.

Untuk makluman, saya dan juga isteri (Suhana Hamzah) masih sah dalam ikatan sebagai suami dan isteri dan bagi kenyataan berkaitan penceraian kami, itu adalah tidak benar. Sebagai seorang suami, tanggungjawab saya terhadap beliau sama skali tidak pernah di abaikan sama juga terhadap anak-anak.

Yaya banyak bantu saya


Bagi isu saya memukul atau mengabaikan beliau adalah tidak benar sama skali, saya masih melayan beliau sama dan tidak mengabaikan mana-mana tanggungjawab dari segi zahir dan batin dan masih menyayangi beliau dan tidak terlintas untuk melepaskan beliau seperti mana yg diviralkan…

Berkenaan situasi saya dengan Yaya, saya akui setelah mengenali beliau buat beberapa tahun yang lepas bagi mengendalikan perniagaan bersama dan setelah beberapa lama mengenali beliau, saya mula menaruh perasaan untuk memperisterikan beliau atas asbab memperlihatkan keakraban diantara mereka berdua yang sangat rapat dan selesa juga melihat akan keikhlasan beliau yang banyak membantu saya dalam menaikkan lagi perniagaan yang dimiliki oleh saya.

Saya telah minta izin isteri

Namun dari situ saya tidak pernah mengabaikan isteri saya dan selaku sebagai seorang suami, saya telah meminta keizinan terhadap beliau untuk memperisterikan Yaya dan atas dasar beberapa sebab yang berlaku termasuklah hasutan orangg sekeliling, beliau tidak membenarkan kami untuk disatukan oleh demikian saya juga tidak melakukan sebarang perkahwinan seperti yang diviralkan….

Saya mohon untuk pihak-pihak netizen agar berhenti dan tidak lagi memperbesarkan atau masuk campur bagi urusan kami dalam berumahtangga. Bagi isu yang diviralkan buat beberapa hari ini, saya mohon maaf atas sebarang kesalah fahaman dan tindakan bagi mana-mana pihak yang mungkin terasa hati atau mungkin menjatuhkan imej mana-mana pihak berkaitan kes tersebut.

Sumber : Baa Azhar

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×