Nama Nadia Binti Mat Isa atau lebih mesra disapa sebagai Puan Yaya kini semakin menjadi buah mulut peminat wangian tempatan.
Mana tidaknya, beliau bukan sekadar usahawan biasa, malah berjaya muncul sebagai founder yang berani menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa dengan produk wangian berjenama Yaya Empire Perfume!
Lebih membanggakan, difahamkan lebih daripada 1,000 usahawan berdaftar di bawah empayar ini, meliputi seluruh Malaysia hingga ke Singapura dan Brunei yang sekaligus Yaya Empire Perfume sebagai nama besar dalam industri perfume tempatan.
Dari Program TV ke konsert & pesta!
Nama Yaya Empire bukan asing lagi di kaca televisyen. Mereka telah menjadi penaja program Hero Dewi Remaja 2023, Sepahtu Reunion Live Tour 2024, Rakaman Tazkirah Malam Jumaat, dan Pertandingan Dikir Barat 2024 anjuran RTM. Penajaan ini bukan sahaja memberi pendedahan besar-besaran kepada jenama ini, tetapi juga menunjukkan kesungguhan Yaya Empire dalam menyokong program-program yang mempunyai nilai hiburan dan kebudayaan tinggi.
Bukan itu sahaja, mereka turut merupakan Penaja Utama Pesta Konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan 2023 (PESKOUMK’13), memberikan sokongan kepada acara-acara besar universiti dalam meraikan kejayaan para graduan tempatan.
Terbaru, kolaborasi bersama Suria FM untuk Jelajah Suria Kuasa 2 telah membawa Yaya Empire ke empat negeri dengan wangiannya yang eksklusif!
Unik, sah solat & mendapat kelulusan KKM
Apa yang membuatkan Yaya Empire Perfume ini unik? Puan Yaya mendedahkan bahawa wangian Yaya Empire menggunakan pati buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan, dengan alkohol yang dihasilkan daripada tebu.
Menerusi kaedah ini, wangian mereka sah untuk dibawa solat yang secara tidak langsung memberi ketenangan kepada pengguna Muslim.
Selain itu, setiap produk juga mempunyai Notifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menjadikannya selamat dan dipercayai. Menarik bukan?
Raih sambutan meriah di Karnival Jom Heboh, 16 wangian edisi terhad jadi rebutan peminat
View this post on Instagram
Baru-baru ini, Yaya Empire Perfume membuka reruai di Karnival Jom Heboh (KJH) Johor 2024 yang berlangsung di Angsana Johor Bahru Mall.
Acara ini bukan sahaja meriah tetapi turut menjadi platform untuk mencapai jualan tertinggi! Menurut Pengarah Urusan Yaya Empire, Puan Yaya (Nadia Mat Isa), sambutan pengunjung ke reruai mereka sangat luar biasa.
“Khemah Yaya Empire Perfume sentiasa penuh setiap hari dengan pengunjung. Kita sediakan aktiviti menarik seperti acara mewarna dan Meet and Greet bersama artis popular seperti Amira Othman, Ara Johari, Nabila Razali, Izzue Islam, Wany Hasrita, dan Syamel,” kata Puan Yaya ketika ditemui di sana.
Artis & influencer menyemarakkan booth Yaya Empire Perfume
View this post on Instagram
Selain aktiviti bersama artis, Yaya Empire juga menampilkan selebriti seperti Issey Fazlisham, Fizie Roslan, dan Cik Man, serta influencer seperti Ervan Rizuan.
Tidak hairanlah booth Yaya Empire meriah dengan para pengunjung!
Difahamkan pada hari kedua sahaja, jualan sudah mencecah rekod tinggi dan perfume Yaya Empire boleh didapatkan dengan harga mampu milik serendah RM10. Wow!
Puan Yaya mendedahkan bahawa mereka menawarkan sebanyak 580 jenis bauan eksklusif yang dihasilkan dari pati buah-buahan dan tumbuhan. Terdapat dua saiz pilihan iaitu 10ml (RM10) dan 35ml (RM35), yang bukan sahaja berkualiti malah istimewa kerana sah untuk solat.
Pendek kata, Yaya Empire Perfume memenuhi semua citarasa pelanggan dari segi kualiti dan keunikan. Serius hebat!
Visi & Misi 2025: Bawa wangian Yaya Empire ke seluruh Malaysia dan Asia Tenggara!
Menjelang tahun 2025, Yaya Empire Perfume berhasrat untuk menjadi peneraju utama dalam bidang wangian eksklusif dan premium di Malaysia serta Asia Tenggara.
Yang menariknya, mereka juga ingin memastikan bahawa setiap kategori masyarakat, termasuk B40, dapat memiliki perfume yang berkualiti dari jenama ini.
Antara misi mereka termasuklah memastikan kualiti bahan yang digunakan sentiasa terjamin, memperbaiki kelemahan dalam penghasilan produk, dan melakukan pemeriksaan ketat sebelum produk sampai ke tangan pengguna.
Menerusi strategi pemasaran yang konsisten, kolaborasi bersama selebriti, dan visi yang jelas untuk masa depan, Yaya Empire Perfume kini berada di landasan yang betul untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.
Kita doakan semoga Yaya Empire terus harum bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh Asia Tenggara!
Buat korang yang belum pernah mencubanya, apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk merasai sendiri wangian eksklusif Yaya Empire yang sememangnya dijamin berkualiti dan sah dibawa solat!