berita

YDAB Anjur Santai Bowling Bersama Selebriti, Siapa Agaknya Raja Longkang?

June 5th, 2014 | by Noraniza
Make-It-Senang

Screen Shot 2014-06-05 at 12.27.05 PM

Memang havoc! Itulah suasana yang dapat digambarkan di Kejohanan Bowling Santai Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) Media & Selebriti pada 1 Jun yang lalu.

Mana taknya, program yang dianjurkan dengan kerjasama Airish Cosmetics ini dimeriahkan oleh ramai selebriti terkemuka tanah air seperti Fauzi Nawawi, Lana Nodin, Riz Amin, dan ramai lagi.

Bila dah berkumpul, rasanya anda semua boleh faham betapa riuhnya Pin Junction E-curve pada masa itu. Tambahan pula apabila melihat pelbagai aksi balingan ‘longkang’ masing-masing. Ha… siapa agaknya raja longkang ya?

Screen Shot 2014-06-05 at 12.23.39 PM

Antara selebriti yang memeriahkan Program Bowling Santai YADB Media & Selebriti 2014

Walaupun kacak dan cantik, nampaknya Shah Iskandar dan Diana Rafar memang tiada skill nak jadi pemain boling!

Dinobatkan sebagai pemain paling banyak masuk longkang, gelagat mereka berdua semasa membuat balingan memang menggelikan hati.

Sebaliknya, aksi dua pelakon wanita , Lana Nodin dan Raja Ilya menjadi perhatian ramai apabila mereka berdua sememangnya mempunyai balingan torpedo!

Kehadiran Tauke Jambu, Danny Xfactor, Fad Bocey dan Ropi Cecupak yang suka menyakat pasukan lain menambahkan kemeriahan dan kekecohan!

Screen Shot 2014-06-05 at 12.23.51 PM

Wartawan-wartawan yang turut serta dalam Kejohanan Bowling Anjuran YADB

Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali berkata bahawa program ini dianjurkan bertujuan untuk merapatkan hubungan antara media, selebriti dan pihak penganjur.

Rasanya misi itu tercapai apabila kesemua pemain memang gelak sampai pecah perut! Jom tengok foto-foto di bawah!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×