Isteri kepada penyanyi rap, Yonnyboii iaitu Nik Nazira Narriman selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada Rabu.
Artikel Berkaitan: Tidak Mahu Air Liur Anak Meleleh, Yonnyboii Usaha Tunaikan Mengidam Isteri
Artikel Berkaitan: Disoal Berapa Lama Kenal Bekas Kekasih, Ini Respons Padu Isteri Yonnyboii
Baby boy
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Yonny menerusi kemas kini di Instagram miliknya pada pagi Khamis.
Bagaimanapun, Yonny tidak meletakkan kapysen yang panjang, sebaliknya hanya menulis ucapan selamat datang ke dunia kepada bayinya itu.
Selamat datang ke dunia ini wahai anak lelakiku.
Sementara itu, menerusi hantaran di Instagram Stories, pelantun lagu Sakit itu memanggil namanya anaknya dengan Baby Kai yang dipercayai nama bayi berkenaan iaitu Kairo.
Dalam pada itu, Yonny turut memuat naik beberapa keping foto isterinya sedang terbaring di katil hospital sambil ditemani bayi mereka di sisinya.
Terdahulu, Yonny dan isteri dilihat sempat berkongsi momen mereka menghadiri majlis tayangan filem Barbie beberapa jam sebelum bersalin.
Untuk rekod, Yonny dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021.
Sumber: Instagram