berita

Yonnyboii Padam Semua Gambar & Video Di IG, Tinggalkan 179 Ribu Pengikut Dengan Tanda Tanya

September 7th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Yonnyboii

Tindakan penyanyi rap dan komposer muda Yonnyboii yang memadam semua foto dan video di Instagram miliknya telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wargamaya.

Artikel Berkaitan: Yonnyboii Dapat ‘Baby Boy’, Sempat Keluar Dating Tonton ‘Barbie’ Sebelum Bersalin

Artikel Berkaitan: Tidak Mahu Air Liur Anak Meleleh, Yonnyboii Usaha Tunaikan Mengidam Isteri

Padam semua posting IG

Yonnyboii

Bagaimanapun, sehingga kini Yonny masih mengunci mulut dan tidak menyatakan sebab dia berbuat demikian.

Sementara itu, wakil syarikat pengurusan Yonny iaitu Anne Mukhtar dari Universal Music Malaysia ketika dihubungi memaklumkan penyanyi itu mahu diberikan ruang seketika sebelum kembali memulakan kerja seninya.

Insya-Allah, Yonny okay. Doakan dia baik-baik saja. Buat masa sekarang kita beri dia masa dan ruang untuk bertenang. Sampai masa nanti, dia akan muncul dan kembali semula.

Kali terakhir pelantun lagu Sakit itu memuat naik hantaran di Instagram ketika berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Nik Nazira selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada 20 Julai lalu.

Sehingga artikel ini ditulis, Yonny telah memiliki pengikut seramai 179,000.

Untuk info, kali terakhir Yonny muncul dengan single baharu adalah berjudul Flash & Dash yang kolaborasi bersama Guccimith.

Lagu tersebut telah mencapai 200,000 tontonan di YouTube dan merupakan hasil ciptaan bersama SonaOne dan Wolfy.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×