Siapa yang tidak kenal penyanyi dan pengacara, Alif Satar yang sememangnya diminati dan digilai ramai. Selain dikenali dalam dunia hiburan, Alif juga aktif dalam bidang sukan fizikal.
Baru-baru ini, Alif telah berkongsi beberapa posting di Instagram mengenai penglibatannya dalam saingan Ironman yang diadakan di Langkawi sehingga dia digelarkan ‘Ironman’ oleh peminat dan juga rakan artis.
‘Tony Stark is not Ironman, I am’
https://www.instagram.com/p/B4GiX4qFeRw/
Alif telah berjaya mengharungi cabaran dalam kategori penuh iaitu melibatkan renang sejauh 3.8km, berbasikal (180km) dan larian (42.2km) dalam cabaran Ironman Langkawi 2019 yang baru sahaja berlangsung.
Kejayaan Alif yang berjaya menghabiskan keseluruhan cabaran dalam masa 15 jam 3 minit dan 49 saat itu turut dikongsikan bersama peminat di laman Instagrammya. Rekod yang dicatat oleh Alif merupakan satu kebanggaan buat dirinya kerana berjaya menamatkan saingan tersebut yang belum tentu semua orang mampu melakukannya.
Menerusi entri tersebut, Alif juga mengambil kesempatan untuk meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada mereka yang sentiasa memberi sokongan buat dirinya. Dia juga turut meluahkan rasa terharu dengan semangat dan sorakan yang diterimanya sepanjang mengharungi cabaran Ironman tersebut.
You’re Ironman
Kejayaan yang dikongsikan Alif turut menarik perhatian rakan-rakan artis. Mereka juga tidak ketinggalan meninggalkan komen dan meluahkan rasa bangga dengan rekod yang dicatatkan oleh Alif dalam cabaran Ironman Langkawi 2019 ini.
Sumber: Alif Satar