Sebelum ini, viral di media sosial apabila isteri kepada seorang penyanyi rap terkenal di Malaysia mendakwa suaminya telah berlaku curang terhadapnya selama ini. Malah dia turut memberitahu suaminya telah melafazkan cerai empat kali sebelum ini.
Artikel berkaitan: Kau Dah Lafaz Cerai Empat Kali’ – Isteri Dakwa Penyanyi Rap Popular Curang
Artikel berkaitan:‘Tidak Boleh Beri Sebarang Komen’ – Terpalit Isu Curang, Aman Ra Mohon Diberi Ruang
Terbaru, wanita tersebut mendakwa suaminya hendak mengambil anak-anak daripada bawah jagaannya.
Bapa dekat mana?
Kita tak nak mengaku kita buat and now kita twist benda lain pula. Lepas u drag i dekat mahkamah tiba-tiba hari-hari ada masa pula nak jumpa budak-budak. Boleh luangkan masa nak jumpa budak-budak. Sebelum ni i call u budak-budak tu menangis tanya bapa dia dekat mana. U did mention pasal u punya public imej. Ni semua u buat untuk public imej u sekali. Sekarang u drag budak-budak dan nak ambil dari i.
Menurut dakwaan wanita yang dikenali sebagai Natiqah, suaminya ingin mengambil anak-anak daripadanya. Tambahnya, suaminya itu dipercayai tidak mengambil ‘peduli’ tentang hal ehwal kebajikan anak-anak.
Aku tanya duit makan tak cukup. 500 kau ingat? Kau tak heran pun pasal makanan budak-budak. Kau heran pasal public imej kau. Kau jumpa budak sebab nak cover public imej kau.
Tak mampu bayar bibik
Kau dah betul-betul set up, kau cakap kau tak ada duit dan tak mampu bayar duit bibik. Lepas tu kau cakap dekat dia kalau nak lari beritahu dekat kau, supaya kau boleh angkat budak-budak. Apa benda kau ni? Sekarang kau nak jaga budak-budak?
Ujar Natiqah, suaminya didakwa merancang untuk tidak mahu membayar duit pembantu rumah agar dirinya boleh mengambil anak-anak. Geram akan hal tersebut, Natiqah mempersoalkan kenapa suaminya hendak melakukan perkara sebegitu.
Sumber: Natiqah Rahmat