berita

‘You Need Help La, Depress Tak Habis!’ – Adik Nadia Brian

December 17th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Akhir-akhir ini isu pergolakan rumah tangga pelakon cantik Nadia Brian dan suami Muizz Nasruddin menjadi buah mulut warganet di media sosial. Tidak berakhir di situ, suaminya sebelum ini pernah mendakwa isterinya telah berlaku curang.

Artikel Berkaitan: ‘Aku Tak Gelek-Gelek Bontot Di TikTok Untuk Raih Perhatian’ – Suami Nadia Brian

Terbaru, adik kepada Nadia Brian, tampil memberikan respon menerusi instatory yang dimuat naik di platform Instagramnya. Namun, instastory itu membuatkan netizen tertanya-tanya siapakan Mr. M yang dimaksudkan.

Can someone check him?

Menerusi Instastory itu adik kepada Nadia Brian, Lydia Brian meminta orang lain supaya ‘memeriksa’ keadaan mental Mr. M yang dipercayai abang iparnya sendiri  Adiknya turut ‘mendakwa’ segala kenyataan yang dikeluarkan oleh Mr. M adalah tidak berasas dan karut. Jelasnya lagi, dia mendakwa lelaki itu tidak akan bertindak melakukan sedemikian jika berkahwin dengan orang yang biasa yang tidak dikenali ramai, melainkan berkahwin dengan public figure.

Can someone ask him to check dia punya mental health, boleh tak? Do you think dia ni normal? Apa dia cakap and keluar dari mulut dia tu semunya tak ada motif! Depress tak habis-habis. You need a help please la! U are so fu**k*** funny Mr. M f*** you!

Tidak berakhir di situ, Lydia turut mendakwa rumah Mr. M dikunci sebelum ini dan perkara itu secara tidak langsung menyukarkan kakaknya, Nadia untuk mengambil semua barangnya semula. Tidak berakhir di situ, Mr M. turut didakwa bersikap ‘kurang ajar’ dengan abang iparnya ketika abangnya mahu mengambil barang Nadia. Di penghujung instastory itu, Lydia mendakwa Mr. M hanya ‘berlakon’ sahaja selama ini.

Alhamdulillah syukur!

Jangan jadi budak-budak la, kau nak famous gila nak glamour kau boleh cakap do. Nak kejar followers pon kau cakap je do. Orang tak kisah pon or heran pon sebenarnya. Orang tahu kau jahat!

Tidak berakhir di situ, Lydia sempat memuat naik satu posting di Instagram dengan mengenakan kapsyen ‘Dengan orang lemah bolehlah kau tindas dan perbodohkan, Wahai perempuan di luar sana, lelaki yang suka membuka aib ini tidak sesuai ya..’. Menerusi posting tersebut, dia memanjatkan rasa syukur Alhamdulillah dan memberikan ‘pesanan’ kepada orang yang suka berkongsi aib orang lain akan ‘pendek umur’. Pada penghujung posting tersebut, dia sempat memberikan pesanan kepada netizen lain supaya tidak menjaga hal rumah tangga orang lain.

Sumber: Lydia Brian

SKIP THIS AD ×