Pempengaruh YouTube dan ahli bina badan, Jo Lindner atau lebih dikenali sebagai Joesthetics disahkan meninggal dunia di Thailand pada Sabtu yang lalu.
Artikel Berkaitan: Juri MasterChef Australia, Jock Zonfrillo Meninggal Dunia Di Usia 46 Tahun
Artikel Berkaitan: Penyanyi Coco Lee Meninggal Dunia, Bunuh Diri Akibat Tekanan Perasaan
Kematian disebabkan aneurisme
Berita mengejutkan itu disahkan sendiri kekasihnya, Nicha menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan dirinya ada bersama Jo ketika dia menghembuskan nafas yang terakhir.
Menurut Nicha, Jo yang mengadu sakit di bahagian lehernya tiga hari sebelum meninggal dunia difahamkan meninggal dunia akibat penyakit yang dipanggil sebagai aneurisme.
Sekadar info, aneurisme ialah pembengkakan atau bonjolan yang tidak normal pada dinding saluran darah.
Untuk rekod, Jo Lindner sangat dikenali ramai dan mempunyai sejumlah 8.4 juta pengikut di Instagram serta memperoleh hampir 500 juta tontonan di YouTube.
Posting Nicha
View this post on Instagram
Sumber: Instagram