Kejayaan Malaysia dalam menangani penularan wabak COVID-19 merupakan satu pencapaian yang tidak perlu dinafikan lagi. Bahkan, masyarakat luar turut memberi pujian berhubung kecekapan pihak kerajaan dan petugas barisan hadapan ketika menangani wabak tersebut.
Di Facebook, seorang pakar bedah endokrin Australia/New Zealand iaitu Dr Julie Miller memuat naik sebuah posting di mana dia memberi penghargaan untuk Malaysia terutama terhadap Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Malaysia negara contoh
A tale of two countries: Malaysia is an example of what happens when leaders listen to science and the population complies and supports their leadership. My friend and colleague, endocrine surgeon Hisham Abdullah, is the Director General of Health in Malaysia, and has directed their pandemic response. He made hard decisions early, even before Malaysia had its first case. Strict border control, testing, tracing, and isolation, open, clear and consistent messaging, daily press conferences, and evidence and fact-based decisions.
He has worked day and night since January. Elected officials have listened and implemented his advice. The public has complied with social distancing, hand washing, and masking. As a result, Malaysia, a densely populated multicultural Asian country, has done very well, and Hisham is being hailed as a national hero. Science, not politics. Meanwhile poor Dr Fauci is getting death threats. And look at the USA. I am at the same time very proud of my wise, and hard-working friend and his fellow citizens, and very sad for my home country.
Menurut Dr Julie, Malaysia merupakan salah satu negara contoh kerana para pemimpin mendengar pandangan pakar sains dan rakyat pula mematuhi serta menyokong arahan barisan kepimpinan. Tambahnya, Dr Hisham merupakan pemimpin yang terbaik kerana berjaya mengawal pandemik yang berlaku di negara ini. Ujarnya lagi, dia berbangga dengan rakyat Malaysia kerana patuh akan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Perasaan gembira dan bangga terhadap kejayaan rakan dan negara turut diungkapkan melalui posting tersebut. Walau bagaimanapun, Dr Julie turut meluahkan perasaan sedih apabila melihat keadaan negara sendiri ketika ini.
Cara urus pandemik sangat mengagumkan
Dalam pada itu, seorang usahawan dalam talian dan YouTuber dari United Kingdom (UK), Darren Cronian telah memberikan komen mengenai inisiatif kerajaan Malaysia dalam menangani wabak yang berlaku. Menurutnya, selama hampir 11 minggu terkandas di Malaysia, dia menyangkal tuduhan negatif yang berhubung pihak berkuasa Malaysia menganiaya rakyat asing ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Apabila saya melihat Malaysia melaksanakan tindakan, sedangkan UK perniagaannya masih dibuka, saya buat keputusan, saya kuatkan semangat (komited) tinggal di sini untuk menempuhnya, tanpa mengira berapa lama masa yang diambil. Saya katakan, saya amat kagum bagaimana Malaysia mengendalikan COVID-19 apabila terus melaksanakan tindakan, menguatkuasakan PKP, memastikan orang ramai tidak membuat pergerakan dan hanya boleh keluar untuk membeli makanan dan barangan keperluan.
Bagaimana Malaysia uruskan pandemik ini sangat mengagumkan, ketika dikuarantin selama 11 minggu, saya lakukan tinju bayang berlatarkan lagu tema Rocky, angkat berat gunakan botol air dan banyak habiskan masa melihat luar tingkap.
Di samping itu, dia berharap negara lain mampu menjadikan Malaysia sebagai model rujukan. Video berdurasi selama 8:12 saat itu diakhiri dengan ucapan terima kasih kepada Malaysia kerana mengambil berat mengenai dirinya sepanjang 11 minggu pelaksanaan PKP.
Sumber: Dr Julie Miller & Remote Darren