Tak ada angin, tak ada ribut nama YouTuber terkenal, Ammar Nazhan menjadi bualan wargamaya selepas didakwa mengganggu ketenteraman jiran tetangganya di sebuah kawasan perumahan mewah.
Artikel Berkaitan: YouTuber Popular Dengan Konten Suap ‘Fries’ Didakwa Ganggu Privasi Jiran T20 – ‘Duduk Dengan Awek Satu Rumah, Biadab & Tak Bayar Hutang’
Akan ambil tindakan
Terbaharu, Ammar tampil bersuara di Instagram (IG) Story dengan memaklumkan bahawa perkara yang tular itu adalah fitnah jahat yang ingin memburukkan namanya sebagai seorang YouTuber.
Dia juga menegaskan bahawa tidak teragak-agak akan mencari serta mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman individu yang membuat tuduhan jahat tersebut.
Assalamualaikum, saya tak teragak-agak untuk mencari dan saman mana-mana pihak yang menuduh kami tanpa bukti.
Info yang dibawa orang luar adalah salah dan menyebar berita palsu itu dikeluarkan untuk menjatuhkan imej kami.
Jika berani, tolong jumpa dengan saya sebelum keluarkan statement yang tak betul.
Ammar turut menasihati para peminatnya untuk tidak mempercayai bulat-bulat dakwaan tersebut sambil menyifatkan setiap cerita yang keluar dari mulut seseorang itu adalah tipu semata-mata.
Dakwa individu bayar media
Dalam pada itu, Ammar juga tampil mendakwa individu yang menyebarkan khabar angin itu telah membayar pihak media bagi membantu menyebarkan berita tersebut.
Bayar media semata-mata nak usik emosi. Best kan dunia ni? Tak suka lepas tu mula la buat tuduhan.
Cari orang follower ramai sikit, bayar dan mewakili rakan untuk sebar berita palsu.
Tak apa benda ni mudah saya akan ambil tindakan kalau tak berbukti.
Terdahulu, tular dakwaan di laman Facebook mengatakan Ammar bersekedudukan dengan beberapa orang wanita yang merupakan talentnya di dalam sebuah banglo yang disewanya.
Selain didakwa tidak menjaga tingkah laku serta batas pergaulan, Ammar juga disifatkan sebagai seorang yang tidak sensitif terhadap privasi penduduk di kawasan tersebut.
Sumber: Instagram