berita

Youtuber Terkenal Maut Selepas Pesawat Peribadi Terhempas Ke Dalam Tasik Dengan Kedalaman 48 Meter

February 10th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Instagram Josh Neuman

Seorang Youtuber yang dikenali dengan nama Josh Neuman disahkan meninggal dunia selepas pesawat peribadi yang dinaikinya terhempas ke dalam Tasik Thingvallavatn di Iceland. Difahamkan, tasik tersebut merupakan tasik kedua terbesar di negara berkenaan.

Pesawat terhempas

Foto: Josh Neuman (SkyNews)

Memetik laporan Daily Star, mangsa yang merupakan pemain skateboard terkenal bersama tiga lagi rakannya berlepas dari Reykjavik, Iceland menaiki pesawat peribadinya pada 3 Februari lalu. Namun nasib malang menimpa mereka apabila pesawat yang dinaiki mereka dilaporkan hilang malah pesawat itu langsung tidak menghantar apa-apa isyarat kecemasan.

Pasukan penyelamat mula menjalankan misi menyelamat dan akhirnya mereka menemui sebahagian bangkai pesawat berkenaan berada di dalam Tasik Thingvallavatn, Iceland.

Mereka kemudian menggunakan teknologi sonar dan kapal selam autonomi untuk mencari mayat kesemua mangsa yang dipercayai berada pada kedalaman sehingga 157 kaki.

Keluarga Josh turut mengeluarkan satu kenyataan yang mengesahkan kejadian tersebut. Menurut mereka, Josh yang berusia 22 tahun itu sempat menyaksikan pemandangan cahaya utara sejurus sebelum kematiannya.

Sumber: Daily Star, Washington Post

SKIP THIS AD ×