Penyanyi yang sedang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Yuna mendedahkan dia mahu ‘berehat’ lebih lama di Malaysia pada masa kini.
Artikel berkaitan: Yuna Teruja Pertama Kali Lancar Lagu Bahasa Sepanyol, Baru Belanja ‘Teaser’ Peminat Dah ‘Goosebumps’
Artikel berkaitan: ‘Itu Bukan Rambut Tapi Topi Berbulu’ – Yuna ‘Declare’ Awal
Luang masa dengan keluarga
Ketika ditemui OhBulan!, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai berkata, dia akan berada di Malaysia sehingga Oktober bagi meluangkan lebih masa dengan keluarganya.
Memang saya membuat keputusan bersama suami saya nak balik Malaysia untuk masa yang lama, dan Alhamdulillah keputusan itu diterima dengan baik.
Jadi saya ambil langkah perlahan untuk buat ‘base’ saya di Kuala Lumpur sebab saya rasa kualiti kehidupan di Kuala Lumpur jauh lebih baik dan saya pun mahu pulang dan memberi sumbangan kepada komuniti seni di Malaysia, arena muzik di Malaysia.
Saya pun sudah tua, saya sudah penat nak jalan-jalan, saya mahu duduk Malaysia dan sarapan nasi lemak di sini setiap hari. Memandangkan saya juga ada komitmen di sini, jadi saya ada di sini sampai Oktober.
Yuna berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media program realiti Gimme The Mic yang diadakan di The Bee, Publika, pada petang Khamis.
Ketika ditanya mengenai penglibatannya sebagai juri dalam program tersebut, pelantun ‘Terukir Di Bintang’ memaklumkan dia tidak berfikir panjang untuk bersetuju kerana begitu teruja untuk berada dalam program yang mengetengahkan ramai bakat seperti dirinya yang berusaha mencari ruang di platform media sosial.
Sebenarnya keputusan saya untuk sertai program ini saya tidak fikir panjang, mungkin sebab saya tahu saya nak balik Kuala Lumpur dan sebelum ini saya memang terima banyak tawaran menjadi juri, tapi tidak berkesempatan untuk buat perkara menyeronokkan ini di sini sebab saya di Los Angeles.
Untuk saya buat program sebegini saya kena duduk di sini lebih kurang dua bulan, sebab sudah tentu saya nak bagi komitmen terbaik. Jadi ini adalah masa yang tepat sebab saya memang balik lama untuk bekerja dan bersama dengan keluarga saya.
Saya sukakan idea yang mana kita mencari ‘raw talent’, bukannya untuk artis yang sudah ‘established’, kita boleh tengok bakat yang menarik. Itu yang buat saya mahu jadi sebahagian dari program ini sebab saya nampak diri saya sebagai peserta, itu yang saya cakap mereka, jom buat.