Penyanyi kelahiran Malaysia yang kini berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat iaitu Yuna meluahkan rasa teruja kerana pertama kali mahu melancarkan lagu dalam bahasa Sepanyol.
Artikel Berkaitan: ‘Itu Bukan Rambut Tapi Topi Berbulu’ – Yuna ‘Declare’ Awal
Artikel Berkaitan: Keseronokan Tanpa Limitasi Di Festival Supalapa, Himpunkan Lebih 40 Bintang Antarabangsa Di Genting Highlands Mac Ini
Lagu Spanish
Menurut Yuna atau nama lengkapnya Yunalis Mat Zara’ai, 37, lagu yang berjudul ‘Bad Intentions’ itu merupakan ciptaan sepenuhnya.
Kongsi penyanyi tersebut, dia mempelajari bahasa Sepanyol sejak tahun lalu dengan bantuan rakannya.
Saya teruja apabila akhirnya berkongsi rakaman lagu Bad Intentions. Lagu ini amat bermakna kepada saya kerana ini adalah kali pertama saya menulis dan menyanyi dalam bahasa Spanish (Sepanyol).
Saya mula belajar pada 2023 dengan bantuan rakan-rakan yang bertutur dalam bahasa itu dan saya sangat gembira dapat peluang ini.
Yuna berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran video di TikTok miliknya. Pada hantaran sama, dia turut memuat naik ‘teaser’ lagu berkenaan buat peminatnya.
Dalam pada itu, Yuna berharap lagu ‘Bad Intentions’ mendapat tempat di hati pendengar dan berterima kasih kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan.
Terima kasih kepada rakan-rakan dan peminat atas kasih sayang dan sokongan. Harap akan terus memberi sokongan terhadap lagu.
Sumber: TikTok