berita

Yura Yunita Cipta Memori Indah Di Malaysia, Kerusi Kosong & Topi Mendiang Glenn Fredly Buat Peminat Sebak

February 4th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selepas hampir dua tahun menyimpan impian untuk beraksi di hadapan peminat di Malaysia, penyanyi kelahiran Indonesia, Yura Yunita akhirnya sudah menemui peminat tercintanya di konsert Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur pada 2 Februari yang lalu (Khamis).

17 buah lagu buat peminat

Ketika sesi temu bual bersama OhBulan! Yura berkata Pertunjukan Tutur Batin di Kuala Lumpur merupakan konsert yang paling indah buat dirinya sepanjang 10 tahun mencipta nama sebagai anak seni.

Menjadi impian terbesar saya untuk mengadakan persembahan di Kuala Lumpur. Jadi ini adalah antara impian yang direalisasikan, saya sangat bersyukur dengan komitmen yang diberikan semua pihak dalam menghasilkan konsert ini. Paling indah, Kuala Lumpur juga adalah lokasi pertama konsert sebelum ke lokasi lain.

Semoga dengan penghargaan kecil ini dapat melunaskan hutang saya kepada peminat di sini yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

Menjadikan curahan jiwa sebagai bekal dalam setiap karya, Yura atau nama sebenarnya Yunita Rachman memberitahu konsert itu juga menjadi pentas terbaik untuk dia berkongsi apa yang dilaluinya bukan sahaja sebagai anak seni, tetapi juga wanita dan isteri.

Sejak album pertama, Yura sehingga Merakit dan kini, Tutur Batin, ada banyak perkara yang saya kongsikan bersama peminat menerusi karya. Konsert ini menjadi pentas buat saya dan peminat berkongsi rasa. Setiap kita mempunyai dugaan berbeza, sama seperti apa yang saya lalui.

Beri penghormatan buat Glenn Fredly

Sepanjang konsert Pertunjukan Tutur Batin di Kuala Lumpur, Yura telah menyanyikan lagu-lagu hitsnya seperti Dunia Tipu-Tipu, Tutur Batin, Bandung, Intuisi, Cinta dan Rahasia, Hoolala dan Jalan Pulang. Menerusi lagu ‘Cinta dan Rahasia’, Yura dilihat meletakkan sebuah kerusi dan topi mendiang Glenn Fredly sebagai tanda penghargaan buat penyanyi itu.

Meskipun Glenn sudah tiada, Yura memberitahu dia sentiasa menghargai jasa Glenn sepanjang mereka bekerjasama. Ujar Yura, pelantun suara ‘Januari’ itu seorang yang baik dan sangat penting dalam hidupnya.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×