Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam mengambil pendekatan untuk tidak campur tangan dalam urusan peribadi bekas menantunya, Puteri Sarah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sejak Menantu Aku Menjanda Ramai Nak Try’ – Netizen Sebak Tengok Yusof Haslam Peluk Puteri Sarah Atas Pentas
Artikel Berkaitan: ‘Elak Saman Menyaman’ – Yusof Haslam Harap Puteri Sarah Selesai Isu Dengan Bekas Menantu Kazar Cara Baik
Tak mahu komen
Memetik laporan Harian Metro, penerbit berusia 69 tahun dan isteri, Datin Patimah Ismail menyerahkan soal jodoh bekas menantunya kepada ketentuan takdir.
Dalam pada itu, mereka juga sentiasa mendoakan kebahagiaan Puteri Sarah dan anak-anak.
Saya tidak mahu komen hal ini, cuma harap Puteri Sarah menjaga batas dalam berkawan dengan mana-mana lelaki dikenalinya.
Saya dan isteri, Datin Patimah Ismail akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Puteri Sarah dan anak-anaknya. Soal jodoh biarlah takdir yang tentukan.
Terdahulu, Puteri Sarah menjelaskan foto tangan seorang lelaki yang dimuat naiknya di Instagram Story adalah milik rakan perniagaannya iaitu Andi Arsyil yang menetap di Jakarta, Indonesia.
Selepas itu, mereka berdua sekali lagi mencuri perhatian warganet kerana dilihat mesra sewaktu sesi ‘live’ di media sosial baru-baru ini.
Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah selepas kemelut rumah tangga berpanjangan pada 14 Jun yang lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber: Harian Metro