berita

‘Elak Saman Menyaman’ – Yusof Haslam Harap Puteri Sarah Selesai Isu Dengan Bekas Menantu Kazar Cara Baik

August 29th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Yusof Haslam

Pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam mengakui ada membaca berita mengenai isu yang timbul melibatkan bekas menantunya, aktres Puteri Sarah dengan seorang individu, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Mengamuk Dengan Bekas Menantu Kazar, Dakwa Masih Jaja Kisah Dengan Syamsul

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Enggan Berjumpa Dengan Bekas Menantu Kazar – ‘Jangan Dijolok Sarang Tebuan’

Elak saman

Yusof Haslam

Ketika ditemui OhBulan!, Yusof bagaimanapun enggan untuk mengulas lanjut dan mengambil pendekatan untuk tidak masuk campur dalam isu terbabit.

Jelas Yusof lagi, dia juga sudah berbincang dengan isterinya, Datin Patimah Ismail untuk tidak memberikan sebarang komen dan berharap Puteri Sarah dapat selesaikan dengan cara yang baik.

Saya sebenarnya tidak mahu masuk campur dan beri sebarang komen berkenaan isu ini. Saya dah bincang dengan isteri saya untuk tidak beri sebarang komen.

Saya percaya kepada bekas menantu saya, Sarah boleh selesaikan dengan cara baik. Kalau boleh elakkan daripada saman-menyaman ini. Tidak ke mana pun saman-saman ini.

Saya dan isteri ada baca mengenai isu tersebut dan sebelum ini ada juga beberapa wartawan hubungi saya untuk ulas, namun saya tidak mahu. Tidak manis asyik nak komen lebih-lebih, saya doakan yang terbaik.

Saya beritahu dia, manusia tidak akan dapat lari daripada ujian dan cabaran. Banyakkan bersabar. Kalau layan akan berpanjangan.

Yusof berkata demikian ketika ditemui di Anugerah TikTok 2023 yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MiTEC), pada Ahad.

Dalam masa sama, Yusof akui hairan apabila individu terbabit tiba-tiba muncul dan menimbulkan isu yang tiada kaitan dengannya.

Saya pun pelik kenapa individu itu masuk campur. Saya dah berusia, kadang kala orang persoalkan kenapa saya masuk campur. Ini urusan keluarga saya, saya sendiri berada dalam keadaan itu.

Apa pun saya bersyukur apabila Syamsul dan Sarah dapat selesaikan segalanya (perceraian) dengan cara yang baik. Biar Allah tentukan segala takdir-Nya.

Sementara itu, disoal adakah Yusof ada memberikan nasihat kepada Puteri Sarah, penerbit berusia 69 tahun itu menjawab dia dan aktres tersebut sudah sebulan tidak bertemu.

Saya dah sebulan tak jumpa Sarah, sebab sibuk dengan shooting. Insya-Allah minggu hadapan kalau tiada ada apa-apa, kami akan jumpa. Kami berhubung melalui telefon sahaja.

Terdahulu, seorang individu yang dipercayai bekas menantu kepada aktor senior Kazar Saisi tiba-tiba muncul dan didakwa telah mengganggu ketenteraman Puteri Sarah.

SKIP THIS AD ×