berita

‘Hati Terasa Sayu, Jauh Perjalanan Syaikhul & Sumayyah Bersama Mama Mereka’ – Datin Patimah

August 20th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Datin Patimah Sayu Lihat Perjalanan Dua Cucu

Seperti yang diketahui ramai, pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof, 39, telah pun bercerai dengan isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana, 38, pada 14 Jun yang lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Keluar Bekerja, Kalau Suami Mati Baru Berkabung’- Puteri Sarah Jawab Isu Tak Hormat Tempoh Edah

Mak Syamsul sayu lihat dua cucu

Datin Patimah Sayu Lihat Perjalanan Dua Cucu

Terbaharu, ibu kepada Syamsul, Datin Patimah Ismail dilihat memuat naik gambar Sumayyah menerusi Instagram (IG) storynya.

Menerusi hantaran tersebut, Patimah meluahkan rasa sedih apabila kedua cucunya itu terpaksa mengharungi perjalanan hidup yang begitu mencabar bersama ibunya.

Melihat Sumayyah membesar, hati terasa sayu. Jauh perjalanan Syaikhul dan Sumayyah bersama mama mereka.

Di akhir hantarannya itu, Patimah turut menitipkan doa agar segala urusan cucu dan menantunya itu dipermudahkan Allah SWT.

Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada 14 Kun yang lalu selepas hampir beberapa tahun berdepan dengan ujian dan dugaan dalam rumah tangga.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam , 6, dan Sumayyah, 5.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×